Menyampaikan kerusi roda kepada Norazli bin Ahmad yang terlibat dalam satu kemalangan Jalanraya diKampung Cerok Pelandok, Batu Kurau, tengahari tadi.
Norazli,35 tahun kini berada berada di rumahnya selepas keluar dari rawatan di Hospital Taiping.
Norazli bin Ahmad, 35 tahun mengalami kecederaa dan kini masih menjalani rawatan manakala tunangnya, Asiah binti Samsudin, 27 tahun meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku pertengahan bulan Julai lalu.
Mereka dijadualkan melangsungkan pernikahan pada hari ini. Norazli merupakan ahli UMNO Cawangan Cerok Pelanduk manakala Allahyarhamah Asiah adalah ahli Puteri UMNO Cawangan Pondok Quinn.
Norazli,35 tahun kini berada berada di rumahnya selepas keluar dari rawatan di Hospital Taiping.
Norazli bin Ahmad, 35 tahun mengalami kecederaa dan kini masih menjalani rawatan manakala tunangnya, Asiah binti Samsudin, 27 tahun meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku pertengahan bulan Julai lalu.
Mereka dijadualkan melangsungkan pernikahan pada hari ini. Norazli merupakan ahli UMNO Cawangan Cerok Pelanduk manakala Allahyarhamah Asiah adalah ahli Puteri UMNO Cawangan Pondok Quinn.
Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Cawangan Ceruk Pelandok, Muhamad Nor Ezam bin Noordin.
2 comments:
YMDS,
Banyakkan politik/pembangunan ekonomi kawasan ADUN Kubu Gajah daripada Batu Kurau dan Selama kalau nak menang PRU 13.
Ketua Bahagian LMS, NO PROBLEM bagi YMDS.Pemimpin LMS dari segi politik tidak ada masalah.
Pada bulan puasa ini sedekah duit sendiri lebih baik dari duit kerajaan.
Ada lebih baik dalam bulan puasa ini kita menyiapkan kertas kerja untuk pembangunan kawsan Kubu Gajah untuk dihantar ke MB atau kerajaan negeri PERAK sebelum PRU 13. Kalau sudah habis PRU 13 munkin apa pun tak dapat lagi seperti susur keluar di Matang Pasir. Saya lihat mereka nak perluaskan jalan sahaja, tak nampak hendak buat susur.
Bila lagi YB2 kita sebelah sini hendak suruh PM kita mempercepatkan susur keluar ini.
Beliau pun asyik hendak majukan Sarawak dan Sabah sahaja nampaknya.
Saya 2 hari sekali pakai lebuh raya terpaksa tawap B Merah dan N. Tebal. YB2 kita pakai driver jadi tiada masalah untuk mereka.
Ini janji kerajaan semasa pilihan raya Ulu Selangor (ada 3 semuanya).
Bila lagi kerajaan hendak tunaikan janji bagi kita di sini.
Sekian.
YMDS,
Saya ahli UMNO yang inginkan berita tentang menaik taraf pekan Kubu Gajah dan Ijok (supaya tidak menjadi pekan cowboy atau pekan hantu) seperti janji MB kita semasa lawatanya dahulu.
Kita semak kembali tapak rumah yang tidak dibina dengan rumah kediaman kerana fungsi utamanya untuk kampung tersusun. Kita lihat tapak rumah banyak yang dijual seperti kita dengar tapak rumah FELDA baru2 ini semasa lawatan Datuk Tajuddin ke Seberang Perak.
Saya syorkan kerajaan jangan terlalu cepat memberi geran tanah. Kalau beri geran tentu ramai yang menjualnya. Mereka ini ramai yang spekualator, untuk mengaut keuntungan atas alasan terlalu miskin untuk membina rumah. Kalau dapat geran tanah ia mesti digazetkan supaya hanya dapat dijual kepada keturunan yang mendapat tanah kurnia.
Datuk Tajuddin pun tidak memantau FELCRA Sungai Malau. Kenapa ramai tidak membina rumah mereka di FELCRA Sg. Malau. Saya rasa kerajaan sudah tersilap bari tanah kepada mereka yang tiada tanah tapi suami mereka ada tanah atau sebaliknya Sebab itu YMDS mesti turun padang melihat siapa betul2 tak ada tanah bukan melihat senarai nama dan bincang dengan AJK sahaja. Kalau bincang dengan saya, saya tentu katakan saudara saya (yang asyik menjual tanahnya) tiada mempunyai tanah. Sebab itu kita mahu YB yang betul2 rakyat tempatan bukan mengaku rakyat tempatan dengan tujuan hendak jadi YB sahaja. Kalau PAS kalah nanti munkin calonnya dipilih dari rakyat tempatan payung terjun atau wakil rakyat ala MUKALAP (hasil perkahwinan dengan anak tempatan)
Kalau mereka betul2 tiada tanah sudah tentu mereka membina rumah kediaman mereka di situ.
Sebagai contoh jika YMDS berikan saya tanah FELCRA sudah tentu saya akan membina rumah saya di situ kalau saya betul2 tiada bertanah. Tapi saya masih ada tanah berkongsi adik beradik.
PRU 13 hampir tiba tapi pekan Kubu Gajah masih ditakuk yang lama. Begitu juga Ijok. Cuba mulakan dengan taman perumahan yang baru di ladang Sime Darby (sungai Malau atau Kubu Gajah) atau pun di ladang Boustead (Lembah Keluang), atau pun di ladang Genting arah ke Selama. Kalau rumah murah tentu ia berjaya. Lihat sahaja Bandar Briah di Bukit Merah. Saya betul2 kepingin melihat taman rumah seperti di bandar Briah dibina di Kubu Gajah. Diharap nama calon YMDS hantarkan ke MB pandai melobi pihak swasta membina taman perumahan di Kubu Gajah. Kita ada kontraktor besar di Selama tapi beliau juga asyik berpolitik tapi tidak mahu menambah pembangunan taman perumahan disekitar Selama. Saya mahu melihat TAMAN DATUK DAUD di Rantau Panjang, di Sungai Bayor, di Sungai Berdarah dll.
Kalau Datuk Daud bina Taman Perumahan di Kubu Gajah saya akan berkempen supaya beliau akan menjadi Ketua Bahagian. Yang sebenarnya kami keluarga UMNO di sini hanya inginkan pembangunan, bukan kemajuan berpolitik. Kerana kalau politik ia tidak kekal. Kalau YB pencen mereka hilang entah ke mana. Kalau jumpa pun di Medan kahwin dengan orang sana dan anak mereka berpolitik macam bapa mereka dan akhirnya munkin ke Medan juga ikut jejak bapa mereka. Mereka tidak mahu menolong YMDS berkempen secara sendirian, tapi ikut2 belakang YMDS. Kita ramai orang kuat UMNO tapi tak berani berkempen secara solo. Jadi YMDS buat semuanya. Mana ada masa kalau begini jadinya. Kalau jalanraya Jelapang Selama siap tentu masa yang cepat kita sampai Kubu Gajah untuk buat semuanya.
Post a Comment