Template by:
Free Blog Templates

24 August 2011

Rumah ditimpa Pokok







Melawat rumah seorang penduduk di Bagan Baharu, pagi tadi yang ditimpa pokok dalam kejadian ribut Ahad lalu.

Mohd Suhaimi bin Din, 42 tahun dan keluarga bagaimanapun, bersyukur kerana tiada berlaku sebarang kemalangan jiwa ketika kemalangan itu terjadi.

Berdasarkan kepada kejadian tersebut, Saya ingin mengingatkan penduduk-penduduk yang tinggal berdekatan dengan pokok besar dan agak tua agar berhati-hati kerana bimbang sebarang perkara yang tidak diingini boleh berlaku.

Saya juga meminta agar Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memantau dan mengenal pasti kawasan perumahann di tempat mereka yang terdapat pokok yang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk.

Dalam kejadian itu, Suhaimi menanggug kerugian seperti kerosakan atap zin.

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Segar, Haji Mohd Zaulkifi Ahmad dan Ketua UMNO Cawangan Baagan Baharu, Shamsuddin Ibrahim.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Galakkan orang kampung menanam nenas dekat rumah dan pokok pisang jauh sedikit.

JKKK turun padang beritahu orang kampung tentang perkara ini.

Sekian