Template by:
Free Blog Templates

26 August 2011

Menjelang Hari raya Aidilfitri








Banyak aktiviti yang diadakan seperti Pekan Hari menjelang sambutan Hariraya Aidilfitri tidak beberapa hari sahaja lagi.

Di Pekan Kampung Mesjid, Ijok juga sibuk dengan pelbagai jenis jualan bagi umat islam membuat persiapan bagi menyambut hari lebaran.

Diantara gerai yang menjadi tumpuan ialah yang menjual pelbagai jenis songkok dan yang mengembirakan lagi ia adalah produk tempatan.

Jualan kueh-muih dan pakaian wanita juga menjadi perhatian ramai termasuk kalangan warga emas, remaja dan suri rumahtangga.

Jualan ikan kering dan daun palas serta juadah untuk berbuka juga menarik ramai pengunjung di pasar tersebut.

Penjual-penjual yang berniaga termasuk mereka yang datang dari Pulau Pinang dan Kedah yang mencari peluang dan kesempatan bagi menambahkan pendapatan mereka, selain penduduk tempatan itu sendiri.

Saya cukup tertarik sekali dengan suasana di sepanjang pekan hari sempena menyambut Hariraya Aidilfiitri tidak beberapa hari sahaja lagi.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kalau YMDS merancang lawatan sebelum PR 13 ini sudah tentu YMDS tidak melawat tempat yang sama beberapa kali. Kita ada 14 kampung (untuk 14 hari) Sekali sekala YMDS balik ke Ipoh untuk jumpa mereka yang ada power atau peruntukan dan mereka yang membentuk dasar (seperti Boss IDR(perancangan), Timbalan Menteri Kewangan MP Tambun, YB Sungai Rapat, MB dll yang ada o...omph) supaya dapat melobi untuk pembangunan kawasan ADUN Kubu Gajah.

Trend sekarang ini saya lihat MB asyik membangunkan Manjung dan P. Pangkor, ADUN Sungai Rapat membangkan Batu Gajah dan Ipoh, Menteri Pertahan Bagan Datuk dll.

Nampaknya mereka asyik membangunkan tempat lahir mereka.
Kenapa YMDS tidak membangunkan tempat lahir YMDS dan Kubu Gajah. Adakah YMDS hendak meninggalkan kami untuk selama2nya. Memanglah isteri dan anak2 tidak mahu pindah ke Tebing Tinggi. Tapi periok nasi (gaji) kita datangnya dari sana. Bukan dari Ipoh atau KL atau pun Batu Gajah. Perkara inilah yang harus diketahui anak2 kita yang tidak mahu balik kampung.

Inilah persoalan yang saya sendiri tidak boleh menjawab.

Saya mencadangkan YMDS hendaklah mengemukan nama2 bakal calon PRU 13 ini mereka yang ada rumah kediaman di Kawasan ADUN Gajah dengan melihat bil air, lampu cukai tanah dll atas nama calon yang dikemukakan.

Jika kita pilih mereka yang bermastutin di kawasan ADUN Kubu Gajah konsep TURUN PADANG tidak payah digunakan lagi kerrana merek sudah menetap di sana.

Bagi saya mereka yang mesti turun padang ialah mereka yang ada jawatan seperti EXCO, Pengurusi badan Negeri Perak, Menteri dan portfolio excutive politik dan pembangunan.