Template by:
Free Blog Templates

27 August 2011

Sumbangan Raya

















Rakyat miskin dan mereka yang kurang berupaya (OKU) tidak hanya menerima bantuan Kerajaan bila tiba musim perayaan, sebaliknya bantuan diberikan oleh Agensi Kerajaan pada setiap masa.

Rakyat di Negara ini harus bersyukur kerana bukan sahaja Kerajaan yang sentiasa perhatin untuk membantu mereka yang kurang berada, tetapi juga pelbagai pihak yang lain yang sentiasa tampil untuk menghulurkan sumbangan setiap kali tiba Hariraya Aidil Fitri.

Begitu juga dengan UMNO yang sentiasa peka untuk membantu mereka yang miskin, kurang upaya dan warga emas.

Masyarakat yang berada sudah tentuk tidak akan hidup selesa jika masih ramai rakyat miskin yang memerlukan bantuan.

Saya berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan Hariraya Aidil fitri kepada kira-kira orang penerima di Mesjid Batu 14, Batu Kurau.

Rakyat Negara ini juga harus bersyukur kerana Kerajaan Pusat mampu mentadbir dengan baik dan berjaya menghalang sebarang usaha pihak tidak bertanggungjawab mencetus kekacauan.

Negara-Negara lain termasuk di Timur Tengah kini bergolak dan menyebabkan mereka berada dalam keadaan ketakutan dan ancaman peperangan.

Ekonomi akan terjejas jika Negara tidak aman dan berlaku kucar kacir disebabkan perbuatan mereka yang sengaja ingin rakyat hidup dalam kesangsaraan.

Jangan tiru gaya hidup masyarakat asing kerana Malaysia ada acuan dan budayanya yang tersendiri dan ini tidak mungkin mampu dimiliki oleh mana-mana Negara yang tinggal dalam masyarakat berbilang kaum dan keturunan.

Bukan mudah sesabuah Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus dengan baik dalam sebuah Negara yang terdiri dari rakyat yang berlainan kaum dan berbeza agama serta budayanya.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Timor Tengah bergolak disebabkan nepotism, dan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin.

Sebab itu di Malaysia kita mesti peka dengan ukuran Indeks Pekali Ginni lebih daripada indek2 yang lain.

Saya lihat di Kawasan ADUN Kubu Gajah yang kaya ada lebih 300 ekar tanah dan yang miskin tiada tanah langsung. Saya tidak dapat mengukur cara koefisien Ginni kerana data banci yang baru dipungut tidak diberikan kepada saya. Bayangkan 300 kali $600 ringgit se tan kelapa sawit. Saya pun tak boleh kira YMDS kerana terlampau banyak.

Begitu juga 'per capita income' Orang Cina lebih tinggi daripada Melayu tapi ukuran Indeks Ginni mereka lebih kurang Melayu juga.

Bayangkan pendapatan Raja Gula jika dibandingkan dengan si Kim San di Tebing Tinggi..

Ananada dengan Kanama (Lembah Keluang)

Syed Mokhtar dengan Si Bezium (Basri) di Kampung Tengah.

Kalau konsep Malaysia SATU hendak tercapai YB LIM KIAT SIANG cuba rapatkan jurang pendapatan antara Raja Gula dengan si Kim San.

Utayakumar pula rapatkan jurang pendapatan antara Ananda dan Kanama.

Manakala Parti Berjasa rapatkan jurang pendapatan si Ijum dengan Syed Mokhtar.

Barulah kita tiada demonstarsi. Punca demonstari ialah disebabkan cemburu bukan kerana peraturan pilihan raya. Peraturan pilihan raya hanya menjadi 'immediate reason' tapi akar umbinya ialah jurang pendapatan.

Mereka tidak mahu nepotism. Bapa jadi wakil Rakyat, anak jadi Ketua Menteri. Kalau kita lanjutkan usia nepotism kita akan menjadi LIBYA juga akhirnya. Kita takut di LMS bapa pernah jadi YB anaknya pula kita cadangkan menjadi YB di PRU 13 atau pun sepupunya.

Yang saya hairan banyak orang kaya di Malaysia tapi mereka tidak melabur di Malaysia. Adakah disebabkan takut bankerap atau bawa beg duit ke Australia atau Switzerland. Kalau bungkus dengan kertas karban x-ray imbasan tak boleh tangkap.

Sekarang ini ramai yang gunakan Proxy. Dengan tiba2 timbul orang kaya baru di Sarawak atau pun di Canada/luar negeri maksud saya.

Sekarang mankin canggih startegi yang digunakan, pakai proxy
pula. Muda2 lagi sudah jadi jutawan. Gaji kecil sudah pakai kerita besar. Lagak proxy senang dapat dilihat tapi orang Income tax buat2 tak tahu. Tengok lagak mereka sudahlah. Kalau makan lebih 300 ringgit sekali makan di hotel lima bintang (tapi tidak terkenal, low profile) kemunkinan mereka ini proxy. Mereka tak boleh ambil pokok tapi boleh joli dengan keuntungan.