Template by:
Free Blog Templates

13 August 2011

Felda





Dalam menjalankan Ibadah berpuasa ini, Umat Islam diminta agar mengutamakan soal Perpaduan dan menjauhkan diri daripada sebarang unsur perpecahan yang hanya merugikan mereka.

Umat Islam di Malaysia harus mengambil iktibar daripada perpecahan yang berlaku di beberapa Negara Islam yang lain.

Rusuhan tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya akan mendorong kepada masalah yang lebih besar lagi.

Saya berkata demikian ketika Berucap di majlis berbuka Puasa dan singgah bersahur bersama krew TV 3 dan Artis yang terlibat dalam program singgah bersahur itu di perkarangan Mesjid FELDA, Ijok.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Telivisyen Media Perima, Ahmad Izaddin Omar dan Pengurus Besar Jabatan Majalan dan Dokumantari, Ahmad Kamaluddin Zabari serta Pegawai dan Kakitangan Institut Darul Ridzauan (IDR).

Umat Islan di Malaysia harus bersyukur kerana kemampuan Kerajaan Barisan Nasional mentadbir dan mengutakan kebajikan Rakyat.

Di majlis tersebut juga disampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

5 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Salah satu sebab kita tidak bersatu ialah kerana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin.

Sebagai contoh cuba lihat mereka yang asyik melompat macam katak dalam parti. Jika mereka tidak dapat kedudukan/manafaat dalam UMNO mereka lompat ke parti PAS atau PKR

Sebab itu saya katakan kita mesti hidup atas dasar WIN-WIN. Pemimpin pun menang dan pengikutnya pun menang (untung). Kalau seorang sahaja dapat semuanya dari kerajaan dan yang lain tak dapat apa2 sudah tentu ramai yang jadi lompat si katak lompat. Kadang2 kita lihat ada anak pemimpin yang menjadi lebih 10 pengarah syarikat selain mendapat kedudukan dalam bidang tertentu.

Rusuhan di Britain ramai yang berpendapat disebabkan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin sebab itu ada pencuri bila ada rusuhan. Yang 'educated' menjadi ketua perusuh dan yang miskin akan menjadi LOOTERS (penyuntan (cakap banjar) atau maling).

Kesimpulanya, kerajaan mesti menyekat supaya Ginni Koefisien (indek mengukur jurang kemiskinan) tidak kekal 0.46. Kalau indek 0.0 bermakna kita mempunyai kekayaan yang sama. Tapi kalau indek 1.0 bermakna yang kaya tidak terhingga kayanya. Duitnya sampai tidak boleh dibilang lagi dalam bank dan di rumah. (Apakah perkataan yang lebih besar dari trilion). Yang miskin serupa macam minta sedekah.

Saya cadangkan statistik kemiskinan kita mestilah diukur dalam bentuk pekali Ginni selain daripada jumlah mereka yang miskin tegar.

Sekian.

Anonymous said...

YMDS,

Pegawai IDR ada bersama2 YMDS.
Adakah mereka tahu kedudukan lebuhraya Jelapang-Selama kerana merekalah yang merancang projek tersebut.

Sepatutnya ia tidak ada masalah kerana wang yang digunakan ialah pinjaman SUKUK kecualilah proposanya silap tulis kerana pulangannya tidak dapat membayar pinjaman secara bulanan.

Salah satu kelemahan projek kerajaan kerana tiadanya pemantau. Kalau ada pun ia hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Saya harap YMDS hendaklah memantau projek tersebut.

Pejabatnya ada di Kulim dan Off Jalan Ipoh di Kuala Lumpur. Kadang2 saya lihat YMDS selalu juga ada di KL. Cuba pantau projek tersebut di pejabat UDA.

Addressnya:

Beta Mutiara Tech, Sdn Bhd.
No B-2 Ist Floor Komplek UDArama
Jalan 3/64A off Jalan Ipoh 50350 Kuala Lumpur.

Yang di Kulim ialah:
No: 13 A/B & 14 A/B/C
Ist & 3rd Floor
Kulim Commercial Centre
Jalan Asaad
29100 Kulim,Kedah.

Diharap YMDS dapat memantaunya kerana orang lain macam tidak peduli pun walaupun mereka tahu pilihanraya 13 hampir tiba. Tak ada yang hendak dibanggakan di tempat kita untuk PR 13 kecuali kilang kelapa sawit.

Sekian. Terima kasih

Anonymous said...

YMDS,

FELDA menjadi fixed deposit YMDS semasa pilihanraya yang lalu.

Saya syorkan YMDS selalu membuat jamuan berbuka puasa di kawasan ATAS PAGAR.

Saya harap YMDS sudah pun tahu kawasan yang ramai ATAS PAGAR.

Selamat berjaya dalam PR 13

Anonymous said...

YMDS,

IDR juga merancang membangunkan Lembah Briah.

Hingga sekarang lembah Briah masih di takuk lama.

Boleh tidak YMDS ingatkan mereka membina lapangan terbang di Briah kerana ia perlu untuk 3 negeri. Itulah tujuan kerajaan untuk membina lapangan terbang di Seberang Perai Selatan sebelum orang Penang membantah. Yang penting sekali untuk pembangunan ekonomi tidak semestina lapangan terbang mesti di bina di kawasan yang hampir sama kerana fungsinya dengan pelabuhan.

Sebagai contoh Lumut sudah ada pelabohan. Ia tak perlu lagi lapangan terbang. Ipoh sudah congested mengikut 'kata' Lim Kiat Siang. Pulau Pinang sudah ada pelabuhan. Dulu saya duduk dekat lapangan terbang IPOH. Sungguh bising. Jadi saya pindah dari sana.
Kenapa orang Kampung Melayu tak membantah. Mungkin telinga mereka sudah mangli atau pekak.

Sekian.

Anonymous said...

YMDS,

Bila buat jamuan jangan lupa menjemput pengurus ladang Boustead, Genting dan Sime Darby.

YMDS hendaklah agressif dan berbuat baik kepada mereka yang dapat membantu pembangunan kawasan ADUN Kubu Gajah.

Lagi satu yang saya lihat YMDS tidak menjemput mereka yang ada berkemampuan untuk melabur di kawasan ADUN Kubu Gajah. Maksud saya pelabur tempatan. Pelabur luar kurang berminat kerana pekerja asing perlu dibayar 12 ribu untuk membawa mereka ke mari.

Sepatutnya tauke2 Kubu Gajah, Ijok dan orang kaya yang terdapat di kawasan ADUN Kubu Gajah hendaklah dijemput ke jamuan agar mereka dapat megwujudkan sesuatu.

Buatlah seperti duta kita di luar negara. Mereka menjemput pelabur asing yang berpotensi. Begitu jua di kawasan Kubu Gajah. Kita mesti kumpulkan orang kaya Kubu Gajah untuk melabur di tempat sendiri.

Cuba lihat simpanan mereka di ASB. ramai yang sudah penuh ASB mereka.
Buat baiklah dengan bank supaya YMDS tahu siapa tauke yang kaya di kawasan Kubu Gajah. Nama2 mereka ada dalam bank untuk menghantar jemputan.

Sekian