Template by:
Free Blog Templates

10 August 2011

Uzur dan Meninggal







Hujan yang turun agak lebat tidak menghalang program Saya turun ke padang dan Saya sempat menziarah seorang penduduk di Batu 20 yang sedang uzur.

Begitupun, selepas menziarah Mohd Yusop bin Osman,53 tahun Saya dihubuhnggi oleh Ketua Kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun memberitahu bahawa Yusop telah pulang ke rahmatulah.

Haji Mat Isa juga turu sama dalam lawatan tersebut.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak termasuk yang masih bersekolah dan beberapa orang cucu.

Ketika menzirahi beliau, Allahyarham agak kurang bercakap, tetapi begitu terharu diatas kunjungan Saya.

Saya juga pernah menziarahi Allahyarham sebelum ini untuk meninjau keadaan beliau yang terlantar sakit sejak beberapa bulan yang lalu.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dan didoakan semoga rohnya sentiasa disisi Orang-Orang yang Solleh.

Alfatihah.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kami taip2 malam membaca tahalil bagi mereka yang meninggal dunia dalam bulan puasa ini.

Diharap biro UMNO juga berbuat demikian.

Sekian cadangan saya