Template by:
Free Blog Templates

12 August 2011

Bantuan Rumah








Sebuah rumah mesra rakyat dibawah program PPRT menjadi hadiah Hariraya kepada seorang Ibu Tunggal lapan orang anak yang tinggal di Bagan Baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Azizah binti Awang, 44 tahun begitu gembira menerima sumbangan rumah berharga RM 33,000 daripada FELCRA.

Ketika meninjau pembinaan projek tersebut oleh sebuah Kontrektor tempatan, Azizah begitu terharu dan gembira diatas bantuan rumah tersebut.

Azizah berharap rumah itu akan menjadi galakan bagi beliau untuk terus gigih menyara dan membesarkan anak-anaknya termasuk empat orang yang masih bersekolah.

Dengan adanya rumah tersebut, beliau dan keluarga dapat tinggal dalam suasana yang lebih selesa di rumah tiga bilik itu.

Pada masa ini, Azizah sekelluarga terpaksa menumpang di rumah atas ikhsan orang lain, tetapi kini akan memilik rumah sendiri.

Dalam tinjauan itu, Saya amat berpuas hati dengan kerja-kerja pembinaan rumah tersebut dan berharap ia akan siap mengikut jadual yang telah ditetapkan, terutama menjelang Hariraya Aidilfitri yang kan tiba tidak lama lagi.

Saya turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada Azizah.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Apabila pihak tentera membina rumah di kawasan ADUN Kubu Gajah saya bertambah yakin dan menghormati kedudukan tentera.

Saya selalu berfikir tentera kita untuk apa? Kalau kita yakin negeri kita ialah salah sebuah negara yang aman kenapa kita tambah bilangan askar.

Kita bukan hendak berperang dengan Singapura atau Indonesia. Kalau kita berperang pun sudah tentu kita kalah kerana Singapura berlatih dengan Israel dan Indonesia semua orang tahu.

Kita tambah bilangan askar dan naikkan gaji mereka. Untuk apa?

Ada lebih baih kita bawa mereka membina rumah murah.

Cuba YMDS bayangkan jika YMDS menjadi seorang tentera apa kerja YMDS laksanakan semasa YMDS berada di kem? Banyak buat PE dan latihan dan juga guard sahaja. Kalau ada 13 Mei barulah kerja askar banyak. Tapi tak munkin 13 Mei terjadi selalu.

Oleh itu saya minta YMDS berkawan baik dengan Menteri Pertahanan untuk membangunkan rumah rakyat miskin. Teruskan kerja2 yang demikian. Syabas kerana saya lihat YMDS sudah pun nampak jalanya. Cumah belum gigih lagi.