Template by:
Free Blog Templates

12 August 2011

Sumbangan







Saya amat simpati dengan keadaan seorang warga emas yang tinggal di Kampung Tersusun Kubu Gajah yang hilang penghilatan sejak beberapa tahun yang laiu.

Dalam lawatan petang tadi, Saya turut menyampaikan sedikit sumbangan keapda Robiah binti Dak,65 tahun yang tinggal bersama keluarganya.

Saya berharap Robiah yang menyewa sebuah rumah bersama keluarganya di Kampung Tersusun Kubu Gajah akan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menggurangkan bebenanan yang beliau tanggunggi.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Abu Samah bin Aliddin dan Ketua Kampung Tebing Tinggi, Azemi Sabran.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya sangat gembira kerana YMDS banyak turun padang di kawasan ADUN Kubu Gajah daripada di kawasan ADUN Batu Kurau.

Kalau YMDS asyik melawat di kawasan ADUN Batu Kurau saya berasa sudah tentu ADUN Batu Kurau kecil hati tempatnya selalu 'dicerobohi' ADUN lain.

Saya juga sangat gembira kerana FELCRA juga dapat bonus raya. Tapi saya masih mencadangkan kawasan depan FELCRA Sungai Malau dimajukan untuk penjadi shopping centre ala kampung atau taman perumahan macam Bandar Briah atau YMDS melobi Econsave dibina kedainya di sana.

Memang cadangan saya ini macam katoon. Tapi kalau restautantnya menghidangkan makanan yang lazat dan murah daripada di Selama/Bagan Serai sudah tentu orang Bagan Serai dan Selama pun ke sana. Bayangkan jika saya tolak harga nenas saya 50 sen sebiji dan Econsave Sungai Malau menjualnya 80 sen sebiji sudah tentu orang Tiping pun akan dtang ke sana Begitu juga pisang berangan saya. Saya tolak 80 sen dan Ekonsave Sg. Malau menjualnya 1.20 sen (di kedai biasa 2.20 sen) sudah tentu ramai yang akan datang ke sana. Yang penting murah dan segar dan iklannya sampai ke Bagan Serai, Batu Kurau dan Selama. Yang penting ialah kemajuan osial daripada cari untunb. Yang penting menang2. Boleh tidak FELCRA membina kilang baja kompos. Saya sendiri akan menjadi pembelinya yang utama.

Saya masih hairan FELCRA beli anak pokok dari Telok Anson tetapi tidak dari koperasi FELCRA Sungai Malau. Memanglah kita kontrekkan ke Cina tapi koperasi FELCRA nak jadi apa?

Saya mahu juga kedai getah yang bertanggung jawab di bina di FELCRA Sungai Malau. Begitu juga workshop motosikal.

Sekian