Template by:
Free Blog Templates

26 August 2011

Berbuka dengan Anak-Anak Yatim















Alhamdullilah,, dapat meraikan sekali lagi Anak-Anak Yatim di Asrama Badan Khidmat Islam Perak (BAKIP) di Meru Raya, dekat Ipoh.

Saya turut menyampaikan sumbangan kepada seramai 70 orang anak yatim dan warden di majlis tersebut.

Pada masa ini terdapat seramai 66 orang anak yatim yang dipilih dari seluruh Perak tinggal di situ.Bangunan Meru Raya merupakan tapak baru BAKIP selepas bertahun-tahun lamanya bertapak di dua buah bangunan Kuaters Kerajaan di Green Town.

Di Meru Raya, bangunan Bakip lengkap dengan pelbagaia kemudahan. Anak-anak yatim di situ juga kini selesa mengikuti semua pelajaran di situ tanpa bersusah payah lagi berulang alik ke Sekolah lain.

Pendidik agama juga kini ditumpukan di situ. Bagi anak-anak yatim perempuan pula, mereka diasingkan dan tinggal di sebuah banglo yang terletak di Manjoi yang disedekahkan oleh seorang ahli Perniagaan, Datuk Zainal Abidin Kadir kepada BAKIP.

Boleh dikatakan setiap tahun Saya akan meraikan penghuni Asrama anak-anak yatim setiap kali tiba Bulan Puasa.

Turut hadir ialah rakan-rakan Media tempatan dalam meraikan anak-anak yatim itu bersama beberapa orang jemputan termasuk bekas Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Azumu Tak dan Doktor Perubatan Pasukan Bola Sepak Perak, Murshid Che Chik.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Apabila kita berbuat perjumpaan seperti ini perlu juga kita memanggil mereka yang dapat membantu kita, terutama sekali kawasan ADUN Kubu Gajah

Saya sudah membaca banyak buku tentang mereka yang berjaya.

Mereka ini bukan dapat 10 As atau pergi ke Cambridge atau Yale atau yang pandai behujah di khalayak ramai.

Yang penting ialah net-working. Kalau kita asyik berkawan dengan orang politik ia hanya dapat membantu kita dalam dunia politik, untuk jangka pendek

Adakah itu mtlamat kita?
Kenapa ramai orang berebut2 hendak jadi wakil rakyat?

Mereka yang berjaya ialah mereka mengadakan perhubungan dan memberi sumbangan kepada orang yang paling tapat atau pun kena pada tempatnya.

Sebagai contoh kenapa naib canselor universiti kolej swasta selalunya dipilih daripada mereka yang mempunyai jawatan yang paling tinggi di Kementerian Pendidikan padahal ada lagi mereka yang lebih baik dan pandai daripada mereka ini?

Sebagai contoh Universiti UCCI melantik Datuk Wira Abdul Rahman Arshad (pengajian Melayu) menjadi orang kanan mereka. Sudah tentu untuk connection/partnership supaya semua kerja bisa diurus kata orang Indon.

UCCI have given contibution to the right person (Datuk Wira). Mereka tidak mahu Oxford atau 10As tapi mereka yang dapat membantu membuat connection dengan mereka yang berpengaruh

Begitu juga Prof Engku Aziz. Padahal beliau tidak pernah lulus dalam bidang koputer. Yang penting hendak ambil nama beliau dan seterusnya untuk net-working.

The most important strategy to achieve success is by making connection and contribution to the right person.

Sebab itu saya mohon YMDS menjemput juga mereka (the right person) yang dapat membantu untuk memajukan LMS.

Ramai orang berpendapat mengatakan:

"Mereka tidak dapat berbuat sesuatu tanpa saya dan saya pula tidak dapat berbuat apa2 jika tidak dapat bantuan mereka"

Kata2 inilah yang banyak kita gunakan untuk kejayaan.

Tapi yang berjaya dalam institusi saya ialah mereka yang pandai mengampu (bukan 10As. Cuba lihat bantuan YMDS berikan.