17 August 2011
Bazar
Terdapat beberapa buah bazar Ramadan yang diwujudkan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah sepanjang bulan Puasar ini.
Petang tadi, Saya sempat meninjau peneroka FELDA menjalankan perniagaan mereka yang bermula seawal jam 2.30 petang lagi.
Sebilangan besar mereka yang terlibat menjalankan perniagaan itu ialah Suri Rumah dan terdapat juga kalangan remaja yang mengambil kesempatan untuk menambahkan mata pencarian mereka.
Satu lagi bazar ramadan yang mendapat sambutan ialah di Pekan Ijok dan Kubu Gajah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
YMDS,
Saya rasa gembira kerana YMDS banyak meluangkan masa untuk kawasan ADUN Kubu Gajah.
Yang sebenarnya jika YMDS merancang lawatan di kawasan ADUN Kubu Gajah lawatan YMDS mungkin tak habis2. Kalau undangan dari kawasan ADUN yang lain hantarkanlah wakil YMDS... sudahlh.
Yang penting sekarang ini, hari raya akan tiba. Jika YMDS adakan hari terbuka di IPOH dan di kawasan ADUN Kubu Gajah jangan lipa mengundang mereka yang boleh membantu membangunkan kawasan ADUN Kubu Gajah seperi manager Boustead (33% naik keuntungan baru2 ini), Genting (gaji dan elaun CEOnya pun 116 juta setahun), Sime Darby, Riverview yang mencatit keuntungan kelapa sawit tidak terkira banyaknya.
Estet mereka ini banyak di kawasan ADUN Kubu Gajah. Kalau hari terbuka di Ipoh panggillah pengurusinya.
Kalau mereka ini tidak membantu kawasan ADUN Kubu Gajah sudah tentu kita tidak membangun.
Kalau nak harapkan orang politik mereka asyik berpolitik sahaja.
Banyak projek kerajaan bukan sahaja untuk melepaskan batuk ditangga tetapi projek lembu punya susu sapi dapat nama sangat berluluasa di jalankan terutama sekali di Lembah Kinta termasuklah Batu Gajah, Selangor dan yang paling banyak projek mega yang diluluskan ialah di Pulau Pinang.
Projek kerajaan yang ketiga ialah projek rabun ayam. Kadang2 projek ini mengena sasarannya dan banyak yang terkeluar dari sasarannya.
Sebagai contoh PM kita sudah pun berhujah tentang pemberian saham borang PINK, termasuk proxy.
Kebanyakan salah beri. Mereka berikan kepada mereka yang menjual saham mereka tidak pun sampai setahun disimpan.
Saya ada mengirim surat kepada PM tentang perkara ini supaya PM black listing mereka yang menjual saham mereka. Berikanlah saham kepada mereka yang tidak menjual saham mereka hingga ada syarikat yang bankerap pun mereka masih tak jual saham mereka.
Bagaimana Melayu nak capai ekuiti 30% jika Melayu menjual saham mereka. Nak kaya cepat.
Beribu2 orang UMNO yang tidak menjual saham2 mereka tidak diberikan borang pink. Kerajaan tidak ambil peduli pun kepada mereka ini. Yang kaya dikayakan lagi.
Projek kemiskinan juga tidak menepati sasarannya. Di kawasan kita ada rumah yang diberikan kerajaan tidak diduduki. Tanah tapak rumah tidak dibina dengan rumah. Tanah pertanian tidak diusahakan.
Saya syorkan kerajaan hanya memberikan borang pink kepada nama2 yang masih memegang saham2 mereka walau pun syarikat tersebut sudah tidak disenaraikan di KLSE lagi.
Jangan berikan kepada yang menjual saham2 mereka.
Perkara ini saya akan berusaha mengirim surat lagi kepada PM.
Sekian.
YMDS,
Saya rasa YMDS asyik berpolitik tapi kawan YMDS menumpukan pembangunan di kawasan mereka.
Walau bagaimana pun saya masih risau pembagunan negeri Perak lebih kepada pembangunan LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA.
Contohnya:
121 ekar theme park Batu Gajah tempat DAP sepatutnya Bukit Merah yang diperbesarkan kerana tapaknya sudah ada dan lebih terkenal di dunia daripada Batu Gajah.
Kemunkinan Pusat Media pun YMDS hendak adakan di IPOH tapi dalam sejarah Taiping lebih terkenal di mata dunia.
Cuba lihat pusat industri yang sedang dibangunkan semuanya terletak jauh dari pelabuhan. Sebab itu penasihat IDR kita, saya rasa kurang berwibawa asyik2 merancang di kawasan lembu punya susu sapi dapat nama yang akan menjadi isu besar dalam PR 13 ini.
Sepatutnya ia mesti terletak berdekatan dengan pelabuhan Kelang atau Pulau Pinang tetapi di negeri Perak. Saya setuju dengan Bagan Datuk tapi tidak di Ipoh
Bukannya di Meru Jaya, KYM. Bemban, Sri Iskandar, Chemor kearana tempat2 ini jauh dari pelabuhan
Kulim menjadi Hitech Industrial Park kerana ia berdekatan dengan Pelabuhan Pulau Pinang.
Kalau Perak menjadikan Krian dan Selama dan juga Bagan Datuk tempat industrial park sudah tentu pelabur asing akan datang mencurah2.
Saya rasa lebuhraya JELAS Expressway akan ketinggalan kerana West Coast Expressway ke Changkat Jering dan ia pula melalui tempat MB dan Menteri Pertahanan kita. YMDS hanya famous dengan bola dan media. Macam mana nak 'lawan' mereka. Haluannya pun di pinda ke Bagan Datoh dan tempat MB kita.
Yang kita hairan JELAS hanya 2.5 bilion tapi cukai jualan hasil kelapa sawit dan getah (pengeluaran utama LMS) se Malaysia ialah 292 bilion. Yang sebenarnya tak payah tunggu Alaf Bank?.
Sekian pandangan saya.
YMDS,
Dua perkara yang selalu kita perkatakan.
Iaitu, jurang antara mereka yang kaya dengan yang miskin. Sebagai contoh seperti Pengarah2 eksekutif Genting jika dibandingkan dengan penduduk Cina di kampung2 di kawasan ADUN Kubu Gajah. Atau pun Ananda dengan Kanama di Simpang Lembah Keluang
Yang kedua pembangunan yang tidak seimbang. Sebagai contoh antara kawasan Adun Kubu Gajah dengan Lembah Kinta.
Munkin kalau kita pilih mereka yang menjadi exco yang bermastutin/menetap (bukan yang lahir di luar bandar). dari kawasan pendalaman barulah kita dapat mengimbangkan.
pembangunan luar bandar.
YB Lim Kiat Siang pernah memberi komen yang kerajaan masih membangunkan kawasan bandar yang congested (saya gunakan perkataannya sendiri) selapas pembentangan bajet yang lalu. Adakah kerajaan perihatin tentang komen beliau.
Secara tidak langsung (tersirat)beliau mahukan kawasan luar bandar yang mesti dibangunkan.
Adakah kerajaan Perak memamahami maksud tersirat beliau.
Saya syorkan supaya kawasan bandar hendaklah dibangunkan oleh Datuk Bandar atau pengurusi Majlis yang rajin mengutip cukai pintu. Pilihlah pengurusi majlis berdasarkan meritokrasi iaitu merit yang bijak mengutip cukai pintu (bukan asyik baca surat kahabar dan dengar warta berita sahaja). Kalau tidak tukar Datuk Bandar yang lain supaya bandar seperti Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Anson dll boleh berdikari, tidak mengarapkan bantuan kerajaan negeri Perak semata2. Mereka mesti kreatif dan inovatif, bukan hanya mencantikan atau mengkosmetikkan bandar sahaja.
Datuk Bandar mestilah kreatif untuk membangunkan Ipoh, Taiping, Telok Anson, Kuala Kangsa dll. Saya rasa salah seorang yang lemah ialah Manjung kerana pembangunannya masih mengharpkan kerajaan negeri Perak. Pengurusi Majlisnya patut ditukar. KPI pengurusi majlis sepatutnya dinilai berdasarkan kutipan cukai dan pembangunan untuk menambah cukai. Saya rasa mereka mesti belajar tentang perhubungan cukai dan pembangunan. Kita takut mereka pun asyik berpolitik.
Post a Comment