Template by:
Free Blog Templates

12 August 2011

Peladang-Ramadan





Ketua-Ketua Unit Peladang dalam Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau digesa agar merancang aktiviti yang boleh mendatangkan menafaat kepada ahli-ahli mereka terutama dalam kempen bumi hijau.

Dalam PPK Batu Kurau terdapat 22 unit dengan 2,968 ahli dengan jumlah simpanan sebanyak RM562,514 manakala nilai saham sebanyakRM517.916.

Saya berkata demikian selaku Pengerusi PPK Batu Kurau di majlis penyampaian bantuan zakat dan dermasiswa kepada 182 penerima di Bangunan PPK Batu Kurau, petang ini.

Saya berkata pada masa ahli-ahli Peladang kawasan sentiasa mahukan PPK Batu Kurau terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, unit-unit juga harus membuat perancangan mereka sendiri bagi membangkitkan semangat ahli untuk bergerak cergas.

Peladang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa mahu belajar dan berdikari serta bersedia utuk bersaing.

Saya juga berharap agar unit peladang wujud bagaikan hidup segan dan hanya menunggu arahan untuk bergerak.

Diantara penerima sumbangan PPK Batu Kurau iaah seorang Kakitangannya yang telah bersara, Rokiah binti Shaari, 55 tahun menerima sebanyak RM 9,000 dan Allahyarham Umi Kalsom binti MOhd Zain,49 tahun sebanyak RM 5,000.

Allahyarham Umi Kalsom meninggal dunia akibat serangan Jantung dan diwakili oleh Ibunya, Rokiah abinti Ismail.

Turut menerima sumbangan ialah seramai 154 ahli setiap seorang RM 170 manakala dibawah PPRT seramai 22 orang yang setiap seorang menerima RM 150.

Empat orang anak ahli yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan UPSR turut menerima dermasiswa.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS.

Kebanyakan kami ahli Persatuan Peladang Selama datangnya dari kawasan ADUN Kubu Gajah.

Saya lihat macam YMDS lebih akrab dengan Pesatuan Peladang Batu Kurau daripada Persatuan Peladang Selama.

Kalau YMDS merapatkan diri dengan Persatuan Peladang Selama sudah tentu kami akan datang ke Kawasan Kubu Gajah dan membantu YMDS berkempan untuk kawasan KUBU GAJAH.
Syaratnya kami mahu pembangunan dahulu bukan rancangan pembangunan seperti hendak membina lebuh raya membangunkan Kubu Gajah dan Ijok. Jangan rancang2 lagi. Bina sahajalah. Jangan buat kajian lagi kerana perkara yang dirancang itu adalah sudah pun baik dan diterima. Kerajaan suka buat kajian dan panggil konsultan. Akhir2nya habis wang ke konsaltan dan penyelidik. Lapangan terbang Briah atau LUMUT masih tak nampak bayang.

Kalau YMDS merapatkan diri dengan ADUN Alor Pongsu kemunkinan limpahan pembangunan AMAN JAYA bagi lembah BRIAH akan melempah ke Kubu Gajah. Tapi pembangunan Batu Kurau mungkin tidak tidak melempah ke kawasan ADUN Kubu Gajah. Maksud saya tempiasnya tidak sampai ke Kubu Gajah.

Saya fikir kita jangan kuatkan berpolitik tapi lebih kepada menitik beratkan pembangunan Kubu Gajah sebab itu saya rasa YMDS harus berbuat baik denagn ADUN Alor Pongsu untuk pembangunan manakala ADUN Batu Kurau dan Selama untuk politik

Kami tidak mahu kuat berpolitik kerana kami lebih mementingkan pembangunan ekonomi

Dua kawasan AMAN JAYA yang hendak dibangunkan berhampiran kawasan ADUN Kubu Gajah ialah Lembah Briah dan Tasik Bukit Merah.

Kalau YMDS melobi untuk mempercepatkan pembinaan susur keluar di Matang Pasir sudah tentu secara tak langsung Kubu Gajah akan membangun.

Begitu juga dengan lapangan terbang BRIAH jika di menjadi realiti seperti yang dirancangkan dan dibina berdekatan dengan Changkat Lobak sudah tentu limpahannya akan sampai ke Kubu Gajah.

Tapi jika YMDS asyik bepolitik di kawasan ADUN Batu Kurau dan kawasan ADUN Selama saya berasa kecewa dan sangsi Kawasan ADUN Kubu Gajah tidak akan maji sepertai Bandar wBriah yang dahaulunyas tempat ular sawa.

Lihat kilang papan yang ada di tengah2 Kubu Gajah. Jika ia dijadikan store baja dan tempat membeli buah kelapa sawit tentu kita rasa ia tidak sesuai untuk pandangan mata jika ia terletah di tengah2 bandar Kubu Gajah.