Template by:
Free Blog Templates

16 August 2011

Sumbangan
















Rakyat di Negara ini harus bersyukut kerana Kerajaan sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan mereka.

Justeru tidak ada sebab, jika masih ada rakyat yang hidupnya melarat dan harus meminta sedekah.Jika adapun mereka yang berbuat demikian adalah dari golongan yang terbabit dengan sindikit untuk mengaut keuntungan dengan memerah kudrat mereka yang kurang upaya.

Sehubngan dengan itu, adalah diharapkan Jawatankuasa Kemajudan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sentiasa memantau keadaan anak buah mereka bagi mempastikan tidak ada yang tercicir untuk mendapatkan bantuan.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis penyampian sumbangan Hariraya dan berbuka puasa bersama fakir miskin di seluruh Dewangan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di Dewan Serbaguna Tebing Tinggi, petang tadi.

Lebih 120 menerima sumbangan tersebut, selain Dermasiswa Yayasan Perak kepada Pelajar-Pelajar DUN Kubu Gajah yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat-Pusat Pengajian Tinggi.

Begitupun, dalam pengagihan bantuan dan sumbangan tersebut, Saya berharap penerimanya janganlah terdiri dari kalangan individu yang sama, sebaliknya pastikan semua mereka yang terlibat merasakannya.

Setiap kali tibanya bulan Ramadan dan Hariraya Puasa, pasti ada saja pelbagai sumbangan daripada individu, petubuhan politik dan bukan Kerajaan yang tambil untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan.

Malalui sumbangan itu juga diharap dapat memupuk semangat saling bantu membantu dan mengeratkan hubunganyang lebih mesra.

Perpaduan amatlah penting dalam konteks memastikan keharmonian, kesejahteraan dan kestabilan rakyat dan Negara.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kadang2 dermasiswa yang diberikan itu selalunya bertindih.

Badan dan agensi yang lain juga memberi dermasisswa kepada pelajar yang sama.

Hasilnya kemunkinan penuntut yang sama menerima dermasiswa dari pelbgai badan.

Dan ada kalanya banyak kriteria diberikan supaya orang yang sama juga mendapatkan dermasiswa.

Sebagai contoh anak saya memohon dermasiswa dari koperasi RISDA Selama gagal menerimanya kerana beliau mamasuki universiti swasta.

Saya memasukkan anak saya ke MSU bukan disebabkan kelulusannya rendah tapi beliau dapat memasukki universiti tersebut satu semester lebih awal daripada memasuki universiti kerajaan.

Bermakna ia menguntungan saya kerana anak saya diharapkan mendapat pekerjaan satu semester lebih awal daripada mereka yang memasuki universiti kerajaan.

Berbalik kita kepada dermasiswa bertindih. Saya ulangi apa yang kita takutkan pelajar yang sama dapat dermasiswa koperasi RISDA dan kerajaan dan juga pihak atau badan2 yang lain.

Berbalik kita kepada isu yang dibangkitkan DAP.

Sesudah DAP memasuki Pakatan isu DAP mula berubah untuk menambat pengundi MELAYU.

Salah satu isu yang dibangkitkakan ialah orang yang sama mendapat semuanya. Biasiswa itulah, biasiswa inilah dll DIBERIKAN kepada orang yang sama.

Lebih daripada itu, isu yang dibangkitkan ialah orang Melayu yang sama mendapat kedudukan dan kepentingan manakala yang lain ditinggalkan

Sebagai contoh Datuk/Tan Sri yang sama dapat proksi saham untuk dapat menjadikannya pengarah lebih daripada satu syarikat.

DAP sangat menyokong konsep kejayaan diutamakan.

Jika BN mahu menang dan mematahkan isu DAP untuk menang PR 13, BN hendaklah tidak lagi memberi kedudukan/kepentingan apabila mereka yang bertitle Tan Sri dan Dato' yang berpencen. DAP mahukan mereka yang tiada title memperolehi kedudukan. Mereka tidak mahu Melayu yang kaya diperkayakan. Kayakanlah orang yang ada kelulusan profesioanal (kejayaan diutamakan) tapi masih tidak kaya. Inilah isu DAP.

Kerajaan pula mengatakan bagaimana nak pilih mereka kerana mereka tidak ada pengelaman. Hanya Datuk dan Tan Sri sahaja yang ada pengelaman luas. Soalnya siapakah mendedahkan mereka ke pengelaman awal.

Saya melihat jika anak Haji REJAM dijadikan pengurusi Sime Darby sudah tentu beliau boleh mendapat 60% keuntungan hasil penjualan kelapa sawit. Tapi kalau Tan Sri Musa Hitam hanya 25%. Yang membezakan anak Haji Rejam (yang mempunyai tanah di belakang rumah YMDS)ialah beliau mempunyai kelulusan dari Jepun dan Dato' Musa dari UM. Tapi kedua2nya UMNO. Bagaimana dasar pandang ke Timor mantan PM kita.

Anonymous said...

YMDS,

Disamping YMDS memberi sumbangan YMDS harus memikirkan supaya mereka ini tidak lagi menjadi rakyat susidi.

Kalau ada tanah mereka terbiar kerajaan hendaklah membantu ( sekurang2nya dari segi teknikal) untuk mengusahakan tanah mereka.

Saya tahu ramai yang menerima bantuan mempunyai tanah tapi tidak digunakan secara intensif. Kalau YMDS mahu belajar pengunaan tanah yang intensif tanyalah anak IMAM surau Tebing Tinggi, Haji Harun. Tanahnya hanya sedikit tapi pengunaannya adalah secara intensif dengan membela ikan, kambing dan menanam kelapa sawit dan lain2.

Kalau orang Cina boleh menanam pokok buah2an sepenjang tanah ban (parit) di Tebing Tinggi kenapa orang Melayu tidak mengikut jejak mereka. Belajarlah dengan mereka dan anak Tuan Imam. Saya harap mereka yang mempunyai tanaman di ban ini membayar harga pajakan supaya jabatan parit dan tali air mendapat hasil (cukai tanah)untuk membuat kerja yang lain di Tebing Tinggi.