Template by:
Free Blog Templates

11 August 2011

Sungai Tercemar 2




Saya sendiri telah menghubunggi Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mendapatkan kerjasama megnenai masalah pencemaran sungai Dendang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyebabkan ribuan ekor ikan mati.

PihakJAS berjanji untuk menyiasat segera pencemaran tersebut ekoran pembuangan munyak sebuah Kilang Kelapa Sawit berdekatan dengan sungai berkenaan.

Akibat daripada pencemaran itu, ramai penduduk hilang mata pencarian ekoran ribuan ekor ikan yang mati.

Saya sekali lagi melawat Sungai Dendang tempat berlakunya pencemaran tersebut petang ini. Sungai Dendang juga menghubunggi sungai Ijok dan Sungai Kerian.

Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah Saya juga telah menghubunggi pihak pengurusan Kilang yang terbabit bagi mendapatkan penjelasan mengenai pencemaran tersebut.

Pihak berkenaan berjanji dan mempastikan agar masalah itu tidak berulang dan telah memaklumkan perkara itu kepada perunding yang terlibat dengan pembinaan kilang itu untuk tindakan selanjutnya.

Pada masa yang sama, adalah diharapkan agar pihak Kilang milik sebuah Agensi Kerajaan itu dapat mengubah sistem pembuangan minyak berkenaan ke tangkit kilang tersebut tanpa melalui sungai yang berkenaan bagi menggelakan masalah pencemaran berulang lagi.

Kelmarin, dilaporkan Banyak Ikan, yang tidak diketahui jumlahnya mati akibat menjadi mangsa pencemaran pembuangan minyak dari sebuah Kilang Kelapa Sawit berhampiran Sungai Dendang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Sebaik menerima aduan, Saya segera melawat ke Sungai tersebut yang turut mengalir ke Sungai Ijok dan mendapati banyak ikan yang mati.

Bau di sungai itu juga amat busuk bagaikan bangkai dan mendapati kesan minyak yang melimpah menyebabkan banyakj ikan menjadi mangsa.

Pencemaran itu bukan sahaja mengancam ikan, tetapi juga penduduk yang masih menggunakan sungai itu untuk mandi dan membasuh kain.

Saya telah menghubunggi pihak berkenaan untuk mengetahui punca tumpahan minyak kilang yang dimiliki sebuah Agensi Kerajaan.

Difahamkan, Kilang berkenaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit itu memulakan operasi pada bulan Mac.

Pada masa yang sama Saya juga berharap pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dapat membuat siasatan mengenai pencemaran sungai tersebut.

0 comments: