26 August 2011
Kebajikan
Jabatan dan Agensi Kerajaan yang berhasrat mengeluarkan bantuan diminta agar merujuk terlebih dahulu kepada Ketua Kampung bagi menggelakan berlakunya pertindihan penerima tersebut.
Saya memberi contoh ada seorang penerima yang sama menerima bantuan rumah dan membaiki rumah pada masa yang sama.
Jika ini berlaku ia sudah tentu mencetuskan rasa tidak puas hati dan kecewa penerima yang lain, akhirnya menimbulkan masalah kepada pihak yang berkeaan untuk membuat keputusan menarik balik.
Saya berkata demikian di majlis penyampaian bantuan jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) peringkat Dewan Undangan negeri (DUN) Kubu Gajah di pejabat Penghulu Ijok di Kampung Mesjid, pagi tadi.
Seramai 30 orang termasuk orang yang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan tersebut bernilai RM 10,700. Selain wang tunai, mereka juga menerima barangan.
Turut hadir Timbalan Pegawai JKM Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Puan Norazazilah binti Mohd Fauzi, Penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali dan Pegawai JKM Selama, Norafni Zuraidah binti Hamid.
Jawtankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah tempat rujukan yang terbaik bagi menyemak penerima bantuan Kerajaan kerana mereka lebih mengetahui penduduk setempat.
Mengenai pemberian bantuan tersebut, Saya menegaskan betapa keperhatinan Kerajaan terhadap rakyat miskin dan tidak mampu.
Adalah tidak benar samasekali jika ada pihak-pihak yang melempar tombahan menuduh bahawa ramai rakyat yang hidup melarat.
Saya juga menegaskan samada ada Negara ini berkeadaan makmuat atau sebaliknya terserah kepada rakyat menentukannnya.
Amat merugikan jika rakyat mengambil bahagian dalam aktiviti yang bertentangan dengan Undang-Undang seperti demonstrasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Peruntukan wang kebajikan termasuklah anak yatim, OKU, orang tua2 dll hedaklah disediakan daripada/melalui
khazanah atau wakaf tertentu supaya mereka tidak lagi bergantung dengan kerajaan sampai bila2. Kita perlukan pengurusan yang kreatif.
Saya melihat salah sebuah institusi mubaligh yang terkenal di dunia yang terletak di Pulau Tikus.
Wang bantuan mereka bukan datangnya dari kerajaan. Tapi tanah mereka dari Tanjung Bungah ke menghala Batu Ferringi sudah mencukupi untuk membaantu mereka hingga keakhir zaman.
Begitu juga tanah wakaf Masjid Keling Pulau Pinang
Saya cadangkan kerajaan Perak mewakafkan tanah kerajaan yang telah diusahakan untuk menampung kebajikan golongan ini. AJK mssjid bolehlasah mengusahakan tanah tersebut untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik ini.
YMDS,
MIDF menjangka Sime Darby akan mendapat lebih keuntungan pada tahun 2012/2012. Yang paling tinggi sumbangan keuntungannya ialah dari pengeluaran Kelapa Sawit.
Ladangnya ada di kawasan ADUN Kubu Gajah. Diharap YMDS jemput Pengurusinya datang ke majlis terbuka Majuperak untuk melobi pembangunan di Kubu Gajah.
Bila Mes. Agong UMNO Bahagian LMS bersidang panggillah Menteri Pertahann merasmikan pembukannya kerana beliau ada upaya untuk mempengaruhi Bousted membuka BB Kubu Gajah di Estetnya di Lembah Keluang. Semua lembaga pengurusnya adalah askar bersara
Post a Comment