Template by:
Free Blog Templates

10 August 2011

Sungai Tercemar









Banyak Ikan, yang tidak diketahui jumlahnya mati akibat menjadi mangsa pencemaran pembuangan minyak dari sebuah Kilang Kelapa Sawit berhampiran Sungai Dendang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Sebaik menerima aduan, Saya segera melawat ke Sungai tersebut yang turut mengalir ke Sungai Ijok dan mendapati banyak ikan yang mati.

Bau di sungai itu juga amat busuk bagaikan bangkai dan mendapati kesan minyak yang melimpah menyebabkan banyakj ikan menjadi mangsa.

Pencemaran itu bukan sahaja mengancam ikan, tetapi juga penduduk yang masih menggunakan sungai itu untuk mandi.

Saya telah menghubunggi pihak berkenaan untuk mengetahui punca tumpahan minyak kilang yang dimiliki sebuah Agensi Kerajaan.

Saya turut dimaklumkan bahawa pengurusan Agensi yang memiliki kilang berkenaan bahawa mereka telahpun menghubunggi pihak Perunding yang terbabit dengan pembinaan kilang tersebut.

Difahamkan, Kilang berkenaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit itu memulakan operasi pada bulan Mac.

Pada masa yang sama Saya juga berharap pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dapat membuat siasatan mengenai pencemaran sungai tersebut.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Terima kasih kerana YMDS mengutamakan lawatan di kawasan ADUN Kubu Gajah.

Untuk kawasan ADUN Batu Kurau dan Selama tunggu jemputan yang dapat menguntungkan kawasan Kubu Gajah (berupa net-working yang mengutungkan kawasan ADUN Kubu Gajah secara tidak langsung)

Selain daripada itu YMDS perlu juga NAIK PADANG.

Sebagai contoh berjumpa Group Managing Director Boustead iaiatu Tan Sri Dato Lodin Woh Kamaruddin. Yang saya tahu beliau ialah kawan baik PM kita untuk membina Taman Perumahan di Estet Lembah Keluang kepunyaan Boustead. Permohonan ini bukan hendak cari untung seperti di Mutiara Rani di Johor. Tetapi YMDS bermohon atas nama CSR (corporate Sosial Responsibility).

Memang cadangan saya ini YMDS anggap seperti Kartoon (tiada orang hendak membeli rumah). Tapi cuba lihat bandar Briah.

Saya berharap bandar seperti bandar Briah boleh dimajukan di kawasan ADUN Kubu Gajah misalnya di kawasan Sime Darby estet Sungai Malau.

Jika taman di bina di ladang Lambah Keluang sudah tentu lebih daripada 20 keluarga India (yang memberitahu saya) akan memohonnya dan seterusnya orang Melayu akan ikut sama jika ia dibina atas dasar peranan SCR Boustead. Kalau nak cari untung teruskanlah fasa 204 di Mutiara Rani di Johor. Tapi adakah Boustead nak cari untung semata2?

Jika YMDS tidak berapa selesa berjumpa TS Dato Lodin berjumpalah Menteri Pertahanan kita kerana ramai askar pencen menjadi ahli lembaga Pengarah Bousted., terutama sekali pengurusinya iaitu TSD Mohd Ghazali Che Mat dan yang lainnya nampaknya semua macam askar pencen. Jadi tidak menjadi masalah kepada Menteri Pertahanan kita.

Jika Menteri Pertahanan kita bertukat portfolio habislah cadangan saya ini. Yang lain nampaknya tak boleh tolong untuk membangunkan Metropolitan Kubu Gajah.

Saya mempunyai cita2 yang besar terhadap Kubu Gajah tetapi YB2 kita yang dulu2 asyik berpolitik turun padang sahaja tapi tidak naik padang untuk tujuan pembangunan Kubu Gajah secara menyeluruh.

Perkara inilah yang saya susah hatikan kerana kita tidak berpandangan jauh dari segi pembangunan ekonomi tetapi hanya untuk politik tempatan semata-mata.

JEMULAH kita kalau kita asyik berpolitik macam orang PAS dan PKR seterusnya DAP.

DAP berpolitik pun mereka masih untung kerana kerajaan Perak asyik membangunkan Lembah Kinta dan Batu Gajah, kubu kuat DAP. Isu PRU 13 yang akan datang bagi parti pembangkang ialah mereka bangga dengan pembangunan Selangor, Pulau Pinang dan Lembah Kinta setelah 5 tahun parti pembangkang berkuasa kawasan ini maju berlipat ganda. Tidak seperti LMS. Itulah ISU mereka di PRU 13.