Template by:
Free Blog Templates

25 August 2011

Sumbangan Hari raya


















Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam menjaga kebajikan rakyat miskin tidak kira di mana mereka berada.

Malah, rakyat Malaysia amat beruntung kerena mereka yang tidak bernasib baik sentiasa mendapat perhatian daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kerajaan Perak juga membantu meringankan bebanan pendidikan anak-anak masyarakat yang miskin seperti sumbangan dermasiswa oleh Yayasan Perak.

Saya berkata demikian di majlis penyampaian dermasiswa kepada pelajar miskin dan sumbangan hariraya keapda masyarakat kurang berupaya termasuk warga emas peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di Dewan Majlis Daerah Kamung Mesjid, Ijok, petang tadi.

Mengenai sumbangan tersebut, diharap ia akan membuka mata kepada mereka yang berada untuk sama-sama tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Rakyat Perak beruntung kerana Kerajaan Negeri pimpinan BN sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat seperti pemberian dermasiswa kepada pelajar-pelajar miskin untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Pemberian dermasiswa itu tidak kira siapa asalkan mereka yang layak menerimanya, sekalipin perbezaan dari kefahaman politik.

Yang penting anak-anak mereka dapat menyambung pelajaran dan bukan memikirkan samada mereka itu dari golongan tertentu sahaja yang layak menerimanya.

Penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali, Ketua-Ketua UMNO Cawangan dan Ketua-Ketua Kampung serta Pegawai Kerajaan yang hadir kemudian turut berbuka puasa di Mesjid Kampung Mesjid.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Jika YMDS ke Sweden, Norway dan Denmark munkin YMDS teraharu kerana negara2 ini betul2 negara kebajikan.

Malah ramai orang pencen hendak ke sana. Bayangkan meraka naik bas percuma, tengok wayang pun percuma dan hampir semua tempat rekreasi yang perlu dibayar oleh orang lain tidak perlu dibayar oleh warga emas.

Kalaulah kawasan kita yang ada minyak dan kelapa sawit diberikan kemudahan percuma seperti di Sweden alangkah baiknya.

Kalau kerajaan berikan 455 juta ringgit kepada warga emas takut2 nanti kita tak nampak hujung pangkalnya.

Saya berkata demikian kerana pendapatan eksport komoditi tahun lepas mencecah 628 bilion ringgit.

Saya juga bekata demikian kerana LMS banyak mengeluarkan buah/minyak kelapa sawit

Lebih separuh pendapatan ekspot datangnya dari kelapa sawit (55.6 %)

Nampaknya pengurusi MPOB dan Menteri perladangan dan komoditi menubuhan koperasi penanaman sawit MAMPAN di Keluang, Kulaijaya, Tongod, Telupid Kunak, Tenom dan tempat2 lain mereka salah pandangkerana jauh dari JB dan KK

Boleh tidak YMDS pujuk YB parlimen kita menubuhkan koperasi seperti ini diLMS berpusatkan di tengah2 LMS seperti Kubu Gajah supaya ahli senang datang. Jika di tempatkan di Batu Kurau orang Selama susah datang. Jika di Selama orang Batu Kurau susah datang.

Saya lihat trend kerajaan sekarang ini, kerajaan ingin LEBIH membantu ahli koperasi daripada individu. Kalau individu, munkin baja pun mereka jual. Berikan TANAH, MEREKA JUAL KEPADA ORANG KAYA. Berikan lembu mereka jual bakanya ke orang kaya juga. NAMPAK SEPERTI KERAJAAN MENHGGALAKKAN YANG KAYA BERTAMBAH KAYA.

Yang sebenarnya kerajaan menggunakan cukai keuntungan luar biasa (windfall) minyak sawit untuk membayar subsidi minyak makan.

Saya juga memohon YMDS mencadangkan supaya kilang kompos hasil produk kelapa sawit di bina di kawasan ADUN Kubu Gajah kerana saya beli hampas sawit dan tandan kosong sudah beberapa lori dari kilang kelapa sawit untuk saya jadikan baja dan penutup anak pokok.

Lagi satu kilang kompos tahi kambing perlu dibina di Pondok Tanjung kerana saya beli 3 ringgit seguni dari Encik Khairi.

Wakil Rakyat LMS kita perlu kreatif dan minta perkara yang manusabah dengan melihat punca pembiayaannya. Kita tidak mahu minta kosong. Misalnya kelapa sawit tak banyak di Pulau Pangkor tapi cukai ekspot kelapa sawit digunakan untuk pembangunan Pulau Pangkor (hanya sebagai contoh). Orang tak ramai di Pangkor tapi cukai pendapatan kami yang dihantar ke sana. Perkara beginilah yang menjadi isu di Terengganu yang menghasilkan minyak TAPI duit minyak bangunkan KL (kawasan DAP). Projek Lebmu punya Susu Sapi Dapat Nama.

Saya setuju sebahagian daripada 455 juta diberiakan kepada warga emas pekebun kecil yang berdaftar di MPOB atau RISDA atau badan kerajaan yang lain. Kadar pemberiannya juga secara scaling semankin tua semankin banyak diperuntukan seperti bayaran pencen di Brunei. Mankin tua bersara mangkin bertambah bayaran pencennya.

Kalau boleh projek menang sorak kampung tergadai juga diketepikan.

KEARJAAN KITA AKAN MAJU jika kita elakkan projek:

Siok Sendiri
Melepaskan Batuk Ditangga
Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama
Menang Sorak Kampung Tergadai

Bila menilai kemajuan nilailah IMPAKNYA. Tidak semestinya yang lulus Oxford atau 10As berjaya dalam dunia korporat. Kalau tak percaya bacalah buku biografi mereka yang berjaya,

Sebagai contoh Kisah Mat Jalani Sungai Lesong dekat Kampar yang menjana pendapatan daripada 200 ekar tanaman sawit. Sudah tentu pendapatannya lebih daripada kebanyakkan mereka yang lulus dari Harvard atau mendapat 8A di SPM.

Tempat kita Hj.Rejam (sudah meninggal) sebagai contoh.
Yang paling saya kagumi ialah orang seperti HJ. RJAM (IDOLA saya). Lagi Encik Dato' Satar dari Selama kerana memberi pekerjaan kepada beribu2 rakyat Malaysia.

Anonymous said...

YMDS,

Saya berterus terang kepada YMDS apa yang saya lihat kerja2 YMDS sama seperti wakil rakyat terdahulu. Menjalankan program 'chicken-feed' kata orang putih.

Yang berbeza jika dibandingkan dengan wakil2 rakyat terdahulu di Selama sejak Dato' Hj. Hussein lagi, YMDS ialah seorang yang tidak menghangatkan kursi dewan persidangan. Jestru itu 'ranking' YMDS masih nombor satu jika dibandangkan dengan wakil rakyat terdahulu di Selama.

Kalau boleh hangatkan dewan dengan ISU pembangunan Kubu Gajah. Kurangkan membangkitkan isu politik. Selalu ingatkan MB tentang susur keluar Alor Pongsu, menaik taraf pekan Kubu Gajah dan Ijok dll kerana saya lihat MB kita asyik ligat merancang banyak di kawasannya hinggakan beliau lupa tempat kita.

Kandang kambing di Pondok Tanjung pun tidak bertambah macam projek melepas batuk di tangga, tetapi ia hendak dijadikan projek kebangsaan yang terbesar dibawah NCER.

NCER asyik membilang FDI sahaja tapi CEOnya tidak kreatif dengan mengumpul semua CEO dan Pengurusi Tan Sri membina syarikat mereka (kreatif) sendiri tanpa bantuan kerajaan kecuali tapak syarikat.

Sebagai contoh CEO CIMB kita memperolehi pendapatan 1 juta sebulan. Sepatutnya dengan pendapatan yang demikian beliau sendiri boleh membina 'kilang'/pusat kewangan di Pekan, Pahang atau pun lebih kreatif daripada itu ialah dengan membina kilang duit di sini, joint-venture dengan taukey besar IOI (pendapatannya 56 juta setahun).

Sebenarnya di Perak ramai jutawan baru. Kelemahan mereka ialah mereka tidak kreatif. Maksud saya menghasilkan syarikat yang baru. Mereka hanya mahu bergantung denagan syarikat yang sudah sedia ada.

Mereka galakkan pelajar supaya kreatif dan inovatif.

Kalau saya inovatif macam Boss IDR saya sendiri akan mengCREATE syarikat sendiri tidak bergantung dengan SLC.

Sekarang ini saya rasa sampai masanya kita perlu memikirkan DDI. Kumpulkan pengurusi syarikat dan suruh mereka buat syarikat baru. Saya hairan ramai mereka tidak kreatif.

Dato Hamzah dan Dato Mohd Daud misalnya boleh membina kilang papan dan perabut di Selama dan Batu Kurau. Kita mahu mereka kreatif. Kita takut ramai YB2 asyik menyuruh kita kreatif dan inovatif tapi mereka sendiri tidak kreatif walaupun ada duit dalam tangan.

Sekian

Anonymous said...

YMDS,

Saya mohon YMDS mengutarakan satu lagi konvensyen BN Perak tapi bukan dihadiri oleh pemimpim politik.

Konvensyen ini hendaklah dihadiri ahli UMNO (grassroots) yang berjaya dalam bidang tertentu dan yang mempunyai kelulusan paling tinggi ditiap2 bahagian/cawangan kerana pendapat mereka ini perlu juga diambil kira untuk melihat halatuju UMNO Perak dan juga pendapat mereka tentang kriteria pemimpin UMNO yang mereka mahu.

Lepas itu adakan pula perjumpaan dengan blogger. Munkin media baru dapat menolong, tapi mereka juga saya lihat berlagak macam urbanites dan elitis.

Salah stau kriteria pemimpin rajin yang diperlukan di konvensysen tersebut, tetapi rajin yang bagaimana. Kita tidak mahu rajin
Miachiavelli misalnya rajin membangunkan tempat lawan seperti Datuk Hamidah Osman membangunkan tempat DAP. Kita mahu orang yang dapat membangunkan kawasan seperti tempat KLIA atau Putrajaya (yang dulunya tempat Jin bertendang) macam hutan simpan
Pondok Tanjung. Bukannya menjadikan Ipoh sebagai congested town. Bandar Taiping lagi bersejarah. Semuanya FIRST di sana kalau masih hendak membangunkan bandar.

Datuk Bandar sudah mencukupi untuk membina Ipoh. Kalau beliau tak boleh bermakna beliau tidak berwibawa. Tukarkan kepada YMDS untuk menjadi Datuk Bandar sebagai contoh sahaja kerana YMDS lebih berani kutip cukai.