Template by:
Free Blog Templates

23 August 2011

Blogger-Kemalangan




Melawat blogger, Muhamad Najemi yang terlantar di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh malam tadi, selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya sabtu lalu.

Najemi yang berasal dari Taiping menceritakan bagaimana kemalangan itu berlaku. Ketika itu beliau dalam perjalana ke Kuala lumpur untuk menghadiri satu mesyuarat penting.

Najemi bagaimanapun, bersyukur kerana beliau tidak mengalami kecederaan yang serious. Ketika kejadian berlaku, beliau sendirian.

Beliau adalah juga Setiausaha Skretariat Media Baru UMNO Negeri Perak yang mana Saya adalah Pengerusinya.

Najemi yang juga Editor Portal Berita Perak Today dan rakan FB berharap dapat dipindah ke Hospital Taiping untuk rawatan selanjutnya.

Turut sama melawat beliau ialah Ketua Biro Bernama Perak, Zabidi Othman dan Pembantunya, Tajul Idrus.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya berahap betul2, media baru kita dapat menghayati apa yang dikatakan Robert Fisk:

Jangan buat cerita berdasarkan cerita orang lain.

Jangan buat kesimpulan
Buat kesimpulan berdasarkan orang yang mengalami insiden yang dilihat.

Jangan membuat penilaian. Sebagai contoh konsep 'demokrasi'. Kalau saya dari golongan elit saya mahu 'equality'. Jika saya orang miskan saya mahu 'ekuiti' zakat dsbnya.

Banyak projek kerajaan tidak mencapai sasaran kerana kita turun padang dengan mendengar laporan AJK. Jika pemimpin (termasukalah Ketua Kampung) yang kita pilih dari mereka yang bermastutin di tempat mereka sendiri sudah tentu kita tidak payah banyak turun padang kerana tentu kita tahu orang tempat kita siapa yang betul2 miskin.

Sebagai contoh jika YMDS dengar cakap orang tentulah mereka katakan saya kaya. Tapi jika YMDS lihat dengan mata kasar YMDS saya menoreh getah sudah tentu YMDS mengatakan saya tidak kaya.

Kita takut pemberita angkatan baru kedekut sedikit. Mereka hanya dengar cakap orang yang melihat kejadian tetapi pemberita tersebut tiada ditempat kejadian. Kalau hendak menjadi pemberita kita keluarlah duit sedikit untuk pergi ketempat kejadian. Jangan dengar cakap orang.

Saya harap Perak To-day sentiasa menulis perkara2 yang mendatangkan keamanan dalam editorialnya.

Baru2 ini saya terbaca dalam Perak Today tentang politik Melayu. Kupasan yang ditulis tidak berdasarkan statistik mungkin ia dianggap berita kelas dua. Sepatutnya editor hendaklah tahu statistik sebelum menulis. Jangan buat macam khutbah Jumaat yang tidak berpandikan 'Quran dan Hadis. Elakkan mengaitkan keadaan sekarang jika kita tidak tahu statistik.

Sebagai contoh 'ramai orang Melay mengihisap dadah' Peroalanya berapa ramai, peratusnya dan macam statistik yang lain.

Maksud saya jika ada pemberita mengatakan saya kaya, berapa harta dan pendapatan saya? Itulah yang saya maksudkan.

Anonymous said...

YMDS,

Media baru sepatutnya jangan pentingkan sangat berita urban dan berita kumpulan elit. Ia perlu seimbang. Media massa misalnya tidak melihat bahawa 13 Mei tidak berlaku di luar bandar kerana kami sentiasa berbaik2 dengan bangsa lain di kampung2 hinggakan ada orang Cina (Tebing Tinggi, anak si AH PAN) dan India (Malaya Estet) ber'girl' friendkan orang Melayu.

Apabila mereka (pemberita) berkumpul dalam kawasan ADUN Kubu Gajah mereka hendaklah juga menceritakan halehwal di kawasan ADUN Kubu Gajah misalnya tentang haiwan perosak, personaliti yang berjaya dalam hal ehwal perladangan. masalah kenapa koroperat tidak mahu mengunakan bantuan CSRnya untuk membangunkan kawasan pedalaman walhal ladang mereka semuanya di pedalaman tidak diceritakan.

Saya juga mahu tahu sebab kenapa orang UMNO yang asalnya penoreh getah dan menanam kelapa sawit (kalau hendak cari pengelaman) tidak terpilih menjadi Pengurusi RISDA atau MPOB (walaupun mereka mempunyai kelulusan lebih tinggi dari mereka yang terpilih) atau pun 'pemimpin getah dan kelapa sawit'lah.

Perkara2 yang sebeginilah juga yang perlu dimasukkan dalam Perak Today jika hendak melihat hala tuju pengundi Melayu. Saya sudah jemu kerana DAP asyik mengatakan orang Melayu yang sudah kaya diperkayakan lagi atau pun dapat semuanya. Salah satu sebab mereka dapat menawan kawasan bandar adalah disebabkan isu ini.

Terlalu banyak hal2 politik macam hendak bergaduh yang selalu dimuatkan dalam media massa. Sebelum 1857 tiada orang bergaduh kecuali kominis sahaja yang mahu bergaduh.

Politik Melayu hanya berjaya jika kita dapat mematahkan isu DAP (iaitu) terutama sekali memberi jawatan memimpin kepada orang yang sama hingga mereka malap atau pun tidak boleh berjalan lagi. Kempen DAP ialah dengan memberi kertas ke semua orang tapi UMNO tak berikan kertas berita isu kepada orang DAP danPAS.

Dalam Kertas tersebut mereka menghentam anak si anu dapat berjuta2 saham dan anak si polan pula ada tiga/empat saham syarikat.
Nasib baik DAP tidak tahu hal ehwal pemberian tanah di luar bandar.

Pembangkang sudah jemu dengan isu pembangunan. Yang mereka mahu ialah jawapan kepada isu tuduhan jika pemimpin UMNO dituduh oleh parti pembangkang.

Kita takut pencapaiaan diutamakan berdasarkan meritokarsi menjejak langkah mantan PM Lee Kuan Yew. Apabila anaknya di hantar ke Oxford (merit) beliau pun mengokohkan (menguatkan lagi) dasar meritokrasinya kerana orang Oxfordlah yang laya hendak menjadi Menteri dan seterusnya PM.

Zaman saya dulu Dekan pendidikan UM lulus Harvard (merit). Kemudian dia suruh semua kawan2nya ke Harvard (merit) supaya mereka kekal dan dapat menawan Fakulti Pendidikan. Nasib baik Tuhan itu kaya dan hantar beliau terus ke Singapore kerana meritokrasinya lebih kepada politik bagi orang Cina.

Masa itu Harvard hanya hendak 800 poin markah TOEFL sahaja yang lainya mereka melihat surat sokongan yang kuat dan halatuju calon ke Harvard dan duit yang banyak.

Orang kita ada juga ke Harvard di Majuperak. Nasib baik MAS tak bankerap semasa beliau di MAS.

Sekian.

taipingmali said...

Terima kasih tuan yang memberi komen di blog Dato Sri. Mengenai Perak Today, kami masih kerdil dan dan hanya mempunya dua orang reporter yang berkejar ke sana kemari untuk mendapatkan berita.

Sekiranya tuan ingin menyumbangkan buah fikiran dan ilham ke dalam portal Perak Today atau Umno Perak , Umno Larut dan sebagainya, boleh hantar artikel ke email Dato Seri dan juga email saya, insyallah saya akan war-warkan di blog Perak Today. emailkan ke taipingmali@gmail.com