Template by:
Free Blog Templates

28 August 2011

Sumbangan Hariraya





















Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar dengan pergolakan yang berlaku di beberapa Negara Islam yang lain, jika mereka mahu terus tinggal dalam keadaan yang aman dan sejahtera.

Ternya Negara yang memilih untuk mencetuskan huru hara, suasana hidup mereka juga tidak tenteram dan mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan Hariraya Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian LARUT di Mesjid Sungai Seputeh, Ulu Selama.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Haji Mohd Daud Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Selama.

Akibat kekacuan, pelancong takut hendak datang dan akhirnya rakyat Negara berkenaan menanggung kerugian berjuta ringgit kerana hasil jualan mereka merosot.

Negara yang mengalami huru hara akan jatuh brankrup dan jika ekonomi terjejas boleh mencetus kejadian yang tidak diingini seperti rompakan dan peras ugut.

Umat Islam di Malaysia memiliki peluang baik jika mereka tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral seperti demonstrasi.

Kira-Kira 200 orang golongan tidak berada di sekitar DUN Selama menerima sumbangan tersebut.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Iktibar pergolakan di negara Islam berlaku sejak dari dulu lagi.

Sebagai contoh pada kurun 12 hingga 14 sultan2 Islam dengan pengikut2nya berkelahi antara satu sama lain di negara Barat terutama sekali di Sepanyol. Sultan dari satu kawasan pukul sultan di kawasan lain. Yang menang (cara pukul mati) berlawan dengan sultan2 yang telah mengalahkan Sultan yang lain. Yang sebenarnya perkataan lawan bola pukul mati datangnya setelah orang Melayu melihat kejadian di Eropah.

Apabila tinggal seorang sultan sahaja perang salib pun bermula. Sudah tentu baginda kalah. Kalau baginda tidak pukul sultan2 lain mungkin crusade tidak boleh menang kerana jika 7 sultan akan melawan satu kepala perang sahaja, Richard the Lion Heart sudah tentu Islam akan menang.

Kenapa jadi demikian. Of course kerana tidak bersatu. Kenapa tidak bersatu tanyalah PM kita, Ketua Berjasa. PKR dan PAS. Masing2 ada teorinya sendiri.

Di Sumatra lagi banyak Sultan. Tiap2 kawasan ada satu Sultan. Mereka juga berkelahi antara satu sama lain. Mereka berkelahi sejak kurun yang ketujuh lagi. Sana cucuk sini cucuk. Belanda tolong Sultan ini dan Sultan lain tolong Sultan yang lawan Belanda. Yang lari ke Malaysia selamat tapi yang tinggal di republikan

Kalau Sultan tidak berkelahi anatra satu sama lain munkin mereka menang dan Indonesia tidak akan jadi negara republik.

Sebelum Indonesia menjadi republik ada 13 negeri Kesultanan Melayu (Malay Kingdom) di Sumatra Timor.
Sebelum itu lagi banyak sultan (tiap2 daerah ada Sultan). Negeri Kesultanan Melayu termasuklah Acheh, Temiang, Langkat, Deli (Tebing Tinggi dekat sekolah ramai asal usul dari Deli), Serdang/Begadai,Asahan, Batu Bara, Medan, Binjai Tebing Tinggi, Tanjung Balai (termasuklah Bilah dan Kualuh. Di kampung Tengah dan Lembah Kinta ramai berasal usul dari sini termasuklah di Kampung Medan Selama ), Riau/Jambi, Banka/Belitong, Bangka Hulu, Sumatra Selatan dan Kalimatan Barat. Mengikut Sejarah Indonesia. Mereka inilah yang dikatakan Melayu Jati/Asli.

Manakala orang Rawa dan Minang datang dari Sumatra Barat menjadi orang Melayu gelombang kedua( mengikut sejarah Indonesia mereka ini bukanlah orang Melayu asli).

Saya hanya memetik dari sejarah Indonesia bukannya Malaysia.

Mengikut pendapat sejarahwan Indonesia, orang Melayu hanya boleh dikatakan Melayu jika mereka bersopan santun (tidak memulakan perkelahian macam 13 Mei), Harga Diri, beragama Islam dan berbahasa Melayu (terutama sekali loghat O, A E dan yang berkaitan).

Kalau mereka panas hati dan suka bertimpas itu bukanlah Melayu jati/tulin.

Mengikut istilah Indonesia jika ada orang seperti PAS UMNO BERJASA atau PKR hendak bertimpas bermakna mereka ini bukan Melayu asli tapi Melayu kacokan. Kalau melihat istilah ini orang Melayu sebenarnya tidak pandai marah. Dalam bible salah satu daripada 7 dosa yang paling besar ialah panas bakhan. Orang 'crusade' tak baca bible sebab itu mereka bertimpas. Mereka hanya pakai Salib dan ramai tidak tahu sembahyang.

Orang kuat temper selalunya suka bercakap keras seperti DAKAT KU SUDUK JAUH KU TIMBAQ.