Template by:
Free Blog Templates

1 August 2011

Wanita muda-warga ceria












Parti UMNO akan kuat jika Ahli-Ahlinya sudah bersedia dari sekarang untuk menghadiri Pilihanraya UMUM (PRU) yang akan datang.

Justeru, seluruh ahli UMNO harus dari sekarang sudah bersedia dan dapat menyesuaikan diri dengan kempen menjelang PRU.

Pergerakan Wanita UMNO tetap dilihat sebagai nadi penting dalam membantu memperkuatkan jentera Parti.

Saya berkata demikian ketika berucap merasmikan program Wanita Muda, warga ceria di Padang Astaka, Batu Kurau.

Ahlli-Ahli UMNO harus bersatu dan menggelakan dari sebarang pergesaran kerana ia akan hanya melemahkan jentera persiapan Parti.

Jikapun, ada sebarang perselisifaham ia harus segera diselesaikan kerana UMNO memerlukan setiap sokongan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

UMNO kita tidak akan menjadi kuat jika kita kemukakan nama bakal pemimpin yang boleh ditarik hidung oleh pemimpin yang sedang pemimpin.

UMNO tidak akan kuat jika kita tidak menghayati konsep menang-menang atau untung-untung. Ada lebih 3 juta ahli UMNO tapi orang yang sama dapat semuanya. Ada ahli UMN0 yang menjadi pengarah lebih 10 syarikat dan masih melobi hendak jadi Menteri, dan apabila pencen menjadi senator dan duta atau Chairman of a company seperti PETRONAS (heavy weight companies). Begitu juga tentang pemberian saham. Sepatutnya nama mereka yang menjual saham mereka mestilah di senarai hitamkan. Kalau mereka jual saham mereka macam mana hendak capai 30% ekuiti. Cuba tanya di Parlimen nama mereka yang dapat paling banyak membeli saham BankRakyat (kita takut yang kaya menjadi kaya) baru2 ini. Kalau itulah pegangan orang Melayu dan UMNO khususnya, sampai bila pun UMNO tidak akan kaat baik pun berperang. Mereka ada passport luar negeri yang miskin mati katak dalam negeri. Yang kaya ada e-senapang (e-kamera0 tapi yang miskin hanya ada parang. Sebab itu Pelastin sentiasa kalah.

Saya lihat Isu yang dibangkitkan DAP hingga ia dapat menawan semua bandar besar ial isu yang kaya diberi peluang menjadi bertambah kaya dengan memberi jawatan yang mendapat elaun yang tinggi dan mendapat saham yang banyak.

UMNO susah hendak menang di tempat kita kalau turun padang tidak melihat dan hanya mendengar aduan orang ramai.

Saya masih lihat ada penoreh getah yang jalan kaki dan naik basikal tidak dibantu kerana tiada yang melaporkan keadaannya kepada pihak yang berwajip.

Pemimpin yang ada penyakit masih dipilih menjadi pemimpin dari peringkat rendah (seperti ketua kampung/imam hingga ke peringkat Menteri, jalannya pun tak betul alignment).

UMNO juga banyak mengadakan meja bulat dan penyelidikan. Isu lama belum lagi diatasi sudah ada meja bulat dan turun padang dengan mendengar cerita AJK bukan melihat dengan sendidi apa sebenarnya terjadi. Pemimpin UMNO hendaklah turun pandang dengan menggunakan konsep WONDERING AROUND bukan tanya ketua kampung (akan timbul kroni jika kita asyik tanya orang).

Anak orang tua uzur hendaklah diberikan pekerjaan di syarilat2 wakil rakyat (menjadi pengarah). Jangan harapkan kerajaan sahaja yang dapat memberi pekerjaan.

Sekian.