Template by:
Free Blog Templates

1 August 2011

Pendidikan

















Dalam soal pendidikan, tidak ada pelajar yang bertaraf kelas kedua, sebaliknya penyebaran Ilmu Pengetahuan itu tidak terhad kepada sesiapa.

Pelajar yang tercicir juga harus diberikan peluang kedua kerana kegagalan adalah bukan kehendak mereka sendiri.

Sehubungan dengan itu, pengurusan Sekolah juga harus memikirkan cara terbaik bagi mengatasi masalah ponteng Sekolah dikalangan Pelajar.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis penutup Bina Insan Guru siri 4, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh di Dewan Orang Ramai Kampung Jelai, Batu Kurau, pagi tadi,

Program selama tiga hari itu disertai oleh lebih 41 orang peserta Kursus Institut berkenaan yang dianjurkan bersamama JKKK Jelai.

Turut hadir ialah Pensyarah Pembimbing Program, Hajjah Puteh binti Ahmad, Haji Mokhtar bin Rais, Mohd Radzi bin Johari dan Haji Nor Azhar bin Ghazali dan Sabri bin Tan.

Pendidikan di luarbandar tidak boleh disamakan dengan keadaan di kawasan bandar kerana kemudahan yang berbeza.

Begitupun, dalam soal pendidikan sistem yang dilaksanakan adalah tetap sama jikapun kadangkala pendekatan yang dilakukan itu agak berbeza.

Pelajar-Pelajar di luarbandar juga mampu menyainggi dan mengatasi pencapaian pelajar di kawasan bandar jika mereka juga diberikan peluang secukupnya.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kes tercicir yang pertama.

Saya telah diberitahu MSU diberikan peruntukan pinjaman Mara sebanyak 200 pinjaman.

Pada sessi tersebut hanya 80 yang diberikan pinjaman.

Anak daya yang mendapat diploma MERIT digugurkan walaupun ada kekosongan sebanyak 120 lagi.

Bila saya tanya sebabnya mereka suruh minta PTPTN. Kalau MARA pun tak dapat sudah tentu kriteria yang sama akan mengagalkan permohonan anak saya.

Kes keciciran yang kedua.

Anak saya sudah mendapat kelulusan pinjaman PTPTN di IPTS tapi hingga sekarang duitnya tak dapat. Jadi saya berhentikan anak saya. Universiti suruh tanya PTPTN dan PTPTN pula suruh tanya universiti. Malahan PTPTN marah kerana jumpa PTPTN. Asyik ulang alik lebih baik berhentikan sahaja

Kes keciciran yang ketiga, gaji universiti dan SPM hampir sama di sesetengah jawatan. Ada SPM dapat 2000 dan universiti 2300. Kadang-kadang tangkap ketam lebih baik, kata pelajar Pulau Pangkor.

Kes keciciran yang keempat. Anak saya meghadiri temuduga di Hilton.
Bila saya di Hilton saya (eksukitif)tanya mereka yang ada di Hilton berapa ramaikan yang ada berkelulusan Hotel Management. Yang saya tanya tak seorang pun mempunyai kelulusan Hotel Management dan cakap Bahasa Inggeris pun telor Melayu, Cina dan India. Anak saya mempunyi loghat macam orang Inggeris. Itu pun tak dapat. Jadi saya suruh dia melanjutkan pelajaran. Tapi ia tak percaya scroll yang lebih tinggi akan memberi ia pekerjaan. Jadi ia menjadi drop-out. Saya fikir kpentingan KRONI bukan sahaja ada di UMNO tapi juga di Hilton malah di Tabung Haji sekali pun ada.

Kalau tak percaya cuba YMDS hantar anak YMDS bekerja di Tabung Haji setelah ia berjaya nanti kalau panjang umur kita sama lihat nanti.

Saya rasa beliau hanya dapat bekerja di syarikat di mana YMDS pernah dan sedang menjadi pengarahnya.

Sekian.