22 August 2011
Anak Yatim
Alhamdullilah, dapat meraikan seramai 25 orang anak yatim dari asrama anak-anak yatim Darulsalam, Simpang Pulai, dekat Ipoh diraikan dalam majlis berbuka Puasa.
Anak-anak yatim itu begitu gembira menerima sumbangan hariraya dari Syarikat Majuperak Berhad.
Majuperak Berhad juga menyampaikan sumbangan Hairiraya kepada anak-anak yatim tersebut dalam majlis berbuka tersebut yang diadakan di perkarangan Wisma Majuperak di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh.
Selaku Pengerusi, Saya juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM 1,000 kepada asrama tersebur yang diterima oleh wakilnya.
Pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Ahli lembaga Pengarah Majuperak dan Pengurus Besarnya, Izman Kamal serta Pegawai-Pegawai Kanan Perbadanan Kemajuan Negeri (PKNP) Perak.
Para tetamu turut mengadakan solat Trawih yang dipimpin oleh Ustad dari Sekolah Kebangsaan Taman Perpaduan, dekat Tambun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
YMDS,
Bila Majiperak hendak bantu anak yatim, OKU dan ibu tunggal dari kawasan ADUN Kubu Gajah?
Salah satu masalah orang Melayu dewasa ini mereka tidak berapa patroitik dann tidak mahu membantu tempat lahir mereka.
Saya rasa orang Kelantan, Sabah. Trengganu dan Sarawak lebih patriotik.
Ini hanya pendapat sahaja YMDS.
YMDS,
Saya lihat Majuperak lebih kepada untuk memajukan lembah Kinta dan sekitarnya.
Saya lebih suka nama Majuperak ditukar kepada Maju Lembah Kinta.
Kerana kita lihat namanya seperti pembanunan yang berasaskan kemoplagh/bertopingkan (yang sebenarnya fungsinya hendak memajukan Perak tapi yang paling banyak dimajikan ialah LEMBAH KINTA. Yang lain hanya ala kadar supaya rakyat tidak bising macam memasukkan orang Cina di kampung Baru, KL).
YMDS,
Saya lihat kaki bukit Gunung Bintang (sebelah Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau) lagi nyaman untuk dijadikan kawasan perumahan seperti di Chemor, Tasik dan taman yang hendak di bangunkan di kawasan Batu Gajah yang telah dimajukan MAJUPERAK.
Orang putih mahu rumah di tempat peranginan. Tapi orang Melayu dan Cina suka dekat Ipoh (pencuri dan habuk pun mangkin banyak). Saya lihat perangai orang putih suka membina rumah pengurus (dahulunya banyak orang putih) ladang atas kawasan yang tinggi.
Kalau Majuperak buat rumah di kaki Gunung Bintang sayalah yang mula2 membelinya. Saya ni pelik sedikit YMDS. Saya suka tempat macam Cameron Highland. Cuba Majuperak bina Cameron Highland yang kedua di kaki banjaran Gunung Bintang
Sepatutnya minda kita berubahlah sedikit. Cuba lihat Genting Highland dulunya tempat jin bertendang.
Kalau tidak majukan balik Bukit Larut dan bina taman Bukit Larut di sana. Bila lagi kita nak rasa macam England?
Adakah Majuperak hendak kmembangunkan kawasan ADUN hendak perpencen? Tempat lahir lagi bagus daripada tempat pencen kerana kita akan jadi pemankin (cataylist) pembangunan di tempat sendiri.
Ayuh YMDS kita sama2 bangunkan kampung kita kerana dikampung kita tidak akan berlaku macam 13 Mei, berdasarkan sejarah.
Post a Comment