Template by:
Free Blog Templates

15 August 2011

Dewan

Seperti biasa perangai dan penyakit lama masih berulang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, tengahari tadi.

Selepas tidak berpuas hati dengan perjalanan sidang, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengetuai Pembangkang meninggalkan Dewan sebagai tanda protes mereka.

Begitupun, pada ketika mereka melangkah keluar Dewan, sidang yang dijadualkan selama sehari itu hampir tamat.

Pertikaman lidah diantara Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN) agak tegang selepas Pembangkang cuba membangjkitkan isu penggantunggan seorang Ahli mereka dan juga rasa tidak puas hati dengan soalan mereka ditolak.

Mereka juga mempertikaikan perjalanan sidang Dewan cuma sehari, selain mempertikaiankan kewibawaan Speaker DUN megnenai oerjalanan Dewan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kemudian mengusulkan sidang DUN di tangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Dalama sesi soal jawap lisan, Saya turut mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri mengembang dan memajukan Industri Minda di Negeri Perak.

Dalams soalan tambahan Saya turut bertanya samada Menteri Besar bercadang menjemput pihak Pembangkang menyertai rombongan lawatan keluar Negara sekiranya Kerajaan Negeri bercadang mengadakannya supaya dapat membuka minda mereka, sambil mendapat tepukan dariapda rakan-rakan Penyokong Kerajaan BN.

Dalam jawapan kepada soalan bertulis Saya pula, Kerajaan Negeri sehingga kini tidak bercadang untuk melantik Yang Dipertua Majlis-Majlis Daerah dari kalangan anggota politik. Namun begitu, di Majlis Daerah Kampar dan Kerian, Yang Dipertua bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebug adalah bukan Pegawai PTD.

Mengenai sejauh mana keberkesanannya Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) atau Kerajaan Negeri mempunyai perancangan lain bagi mempastikan keberkesanannya Jawatankuasa tersebut daripada hanya sebagai melepaskan batuk ditangga, Kerajaan Negeri dalam jawapannya begitu yakin akan keberkesanan peranan JKTD berkenaan berdasarkan fungsi yang telah dijalankan termasuk memantau dan menilai impak perlaksanaan projek-projek pembangunan di peringkat daerah supaya bersepadu dan seimbang dengan dasar-dasar Negara.


6 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Lawatan luar negeri sepatutnya dilakukan jika kita lihat ia menguntungkan negeri Perak terutama sekli bagi pembangunan ekonomi.

Tidak semestinya semua ADUN pergi membuat lawatan. Memadailah mereka yang boleh bercakap dalam Bahasa Arab (sebagai contoh) mengikuti rombongan ke Timor Tengah. Begitu juga ke India. Kalau ke Selatan India perlulah mereka yang pandai berbahasa Tamil. Tapi yang ke Utara India kita perlu menghatarkan mereka yang pandai berbahasa yang lazimnya digunakan di Utara India (sebagai contoh).

Saya lihat pelabur asing tidak datang ke Perak kerana ramai ADUN yang pergi masih berbahasa Inggeris lohhat Melayu, India dan Cina. Carilah wakil rakyat yang mempunyai loghat orang putih. Pada lawatan yang dulu saya lihat MB kita mula gunakan loghat orang putih. Tahniah.

Anonymous said...

YMDS,

JKTD dan Kerajaan Negeri mungkin 'tidak tahu' dasar kerajaan pusat. Sebagai contoh semua tahu konsep Malaysia Satu tapi tidak menyekat media massa mengeluarkan berita sensitif (Melayu berapa? Cina berapa? India berapa jadi wakil rakyat? Adakah ia mengikut bilangan orang India yang berada di kawasan ADUN mereka?)

Mereka hendaklah diajar mereflksi keadaan di tiap2 daerah dan membayangkan implikasinya.

Sebagai contoh jika tanah terbiar banyak mana cukai eksport hasil tani dapat dikumpulkan.

Jika hasil berkurangan macam mana kita hendak menaikkan gaji mereka atau menaikkan pangkat mereka. Kerana tambahan gaji hanya boleh dilakukan jika cukai bertambah.

Saya mensyorkan supaya KPI mereka diukur dari segi QUNTUM LEAP pembanguna tiap2 daerah. Jika kenaikan pangkat mereka tidak diukur berdasarkan daya kemajuan kawasan yang mereka majukan sudah tentu mereka buat kerja untuk melepaskan batuk di tangga.

Cuba lihat perancangan koridor Utara dan Aman Jaya, AJK di kawasan utara dan di Briah semua tahu tapi cuba nilai kejayaan di kawasan ADUN Kubu Gajah dan Lembah Briah.

Saya juga memohon kerajaan negeri supaya tidak menambah elaun ADUN tapi berikan mereka BONUS tidak melebihi 12 bulan gaji mengikut kemajuan (berdasarkan kreativiti untuk menggerak semua agensi kerajaan) kuntum leap yang mereka majukan di tempat masing2 dengan menghitung indek kemajuan berdasakan basline data semasa wakil rakyat yang berkenaan mulai bekerja di kawasan ADUN masing2. Kemudian lihat peratus kenaikkan. Daerah yang peratus kenaikan kemajuannya meningkat hendaklah diberikan bonus BUKANNYA ELAUN. Kalau bagi elaun kita masih bekerja untuk batuk ditangga. TAPI KALAU BAGI BONUS sudah tentu ramai yang bekerja keras.

Anonymous said...

YMDS,

Apa yang kita takut PTD kata peruntukan tiada atau duit sudah habis tapi penghulu, Ketua Kampung dan wakil rakyat minta macam2.

Lagi satu peruntukan sudah habis mengikut PTD tapi PM pergi sana sini memberi peruntukan yang baru.

Saya berhenti kerja kerana peruntukan tiada untuk dinaikkan pangkat tapi kita dengar PM kita asyik beri bantuan dalam masa yang sama ke semua tempat yang dilawatinya.

Sekian untuk YMDS bahaskan di dewan undangan.

Anonymous said...

YMDS,

Tiap2 hari kami sembang tentang kelapa sawit.

Bila dewan bersidang sekali lagi saya memohon YMDS tanya dewan, apa kerajaan boleh buat untuk negeri Perak amnya dan kawasan ADUN Kubu Gajah khasnya dengan hasil ekspot produk kelapa sawit yang bernilai 59.77 bilion ringgit yang dikutip tahun lepas.

Tak bolehkah YMDS memohon membina kilang hasil minyak kelapa sawit di kawasan ADUN Kubu Gajah misalnya kilang magarine dsbnya supaya ramai balik kampung bekerja di sana. Kalau kita bangunkan Kubu Gajah tidaklah Kuala Lumpur 'congested' seperti yang dikatakan oleh YB Lim Kiat Siang. Begitu juga Ipoh. Ramai orang kita di kawasan ADUN Kubu Gajah berada di Ipoh. Bangunkan Kubu Gajah. Sudah tentu mereka balik.

Sekian.

Anonymous said...

YMDS,

PPPNP untung 165.3 juta ringgit. Kebanyakan keuntungannya datangnya dari kelapa sawit.

Boleh tidak keuntungan ini di berikan sedikait untuk pembangunan kawasan ADUN Kubu Gajah.

Saya jemu mendengarkan pembangunan negeri Perak asyik2 tertumpu di Lembah Kinta dan Lumut-Manjung.

Kenapa tidak Pulau Pangkor dan kawasan Kubu Gajah. Adakah MB kita juga nak tinggalkan Pulau Pangkor yang cantik itu?

Inilah yang saya susah hati kerana ramai ADUN kita lari ke IPOH. Akhirnya mereka membangunkan Lembah Kinta dan meninggalkan tempat lahir mereka dan akan menjadi isu besar kerana DAP akan terus berbangga yang mereka membangunkan Lembah Kinta semasa mereka menjadi wakil rakyatnya di situ.

Saya selalu melihat keuntunagan kelapa sawit kerana kawasan Kubu Gajah hampir semuanya ditanam dengan sawit, lebih banyak dari di Manjung.

Saya bangkitkan tentang kelapa sawit kerana LMS penuh dengan kelapa. Kita tak minta duit Petronas.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih maklumat insyallah akan dijadikan panduan dalam sidang dun yang akan datang.