2 August 2011
PPRT
Melawat tapak untuk rumah PPRT di kampung redang panjang, dekat Ijok.
Rumah tersebut dibiayai oleh felcra dengan harga sekitar RM 40,000.
Penduduk yang terpilih untuk memiliki rumah tersebut ialah, Mohaman Hamidi Bin Shaari.
Hamidi pada ini tinggal di sebuah rumah kecil satu bilik dengan sembilan orang anak yang masih belajar.
Rumah PPRT tiga bilik itu dijadualkan siap selepas hari raya Aidilfitri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
YMDS,
Saya harap lebih banyak rumah PPRT di bina di FELCRA Sungai Malau supaya mereka yang miskin dapat di tempatkan di sana untuk meramaikan kampung tersebut.
Kepentingan pembangunan sosial yang dilakukan oleh syarikat2 seperti Genting (jalan Selama) Boustead (jalan Bagan Serai dan Sime Darby (jalan ke Taiping dan ijok) boleh juga dibalakkan membina rumah PPRT, BAGI PELUANG MEREKA INI TOLING ORANG MISKIN. takkanlah mereka hanya bantu sukan, pilihan raya dll sahaja tanpa menolong orang miskin di kawasan ADUN Kubu Gajah.
Oleh kerana pilihan raya akan tiba saya mohon YMDS hendaklah lebih bergiat lagi di kawasan ADUN Kubu Gajah. Saya minta benar2 YMDS jangan harapkan jemputan (reaktif) sahaja di Kubu Gajah. Kalau harap jemputan sahaja nilai turun padang YMDS hanya saya berikan taraf 2 bintang.
Kalau nak berpolitik pun, YMDS hendaklah mula mengenal pasti (dari sekarang) mereka yang berkarisma dan berkelulusan tinggi untuk mengatasi calon PAS untuk menjadi calon Kubu Gajah. PAS sudah mengenalpasti mereka yang berkelulusan tinggi untuk menjadi calon.
Bagi kawasan ADUN yang menang tipis/kalah (21) kita tak boleh lagi pilih Ketua, Naib, Ketua wanita atau pemuda menjadi calon. Cara pemilihan sebegini hanya boleh kita lakukan untuk kawasan yang selesa sahaja seperti Pulau Pangkor. YMDS hendaklah buat homework bagi mencari ahli UMNO orang ADUN Kubu Gajah yang berkaliber tinggi tapi berada serata pelusuk Malaysi/dunia untuk diketengahkan supaya menjadi calon di kawasan ADUN Kubu Gajah. Kalau tidak saya takut kita akan kalah.
Jika calon DAP calon Melayu dan ditempatkan pula di kawasan yang di pegang oleh calon India pada masa sekarang ini,saya khuatir kita akan menang. Begitu juga jika mereka calonkan orang India yang berkarisma di Buntung seperti Datuk Iskandar (Indian Muslim) munkin Buntung juga akan di sambar DAP.
PKR sudah 'mengumumkan calon' berkelulusan tinggi di Batu Kurau.
Tapi UMNO kita belum nampak siapa nak dicalonkan untuk mengatasi calon PKR dan PAS yang akan bertandig LMS. LMS akan menjadi medan panas, 50-50 Saya sudah tentu tak tidur dibuatnya.
Saya takut orang Cina dan orang Melayu yang educated pilih calon tidak lagi seperti dulu. Cita rasa mereka telah dipengaruhi internet. Yang muda pilih karisma, yang pertengahan pilih yang berkelulusan tinggi dan yang tua pilah mereka yang turun padang lihat orang tua, orang sakit dan selalu datang kenduri. Tapi berapa ramai orang tua ada di Kubu Gajah. Yang muda mahu karismatik leader dan pandai megupas isu. Sebab itu Ahmad Sabu menang jadi Timbalan PAS.
Sekian.
YMDS,
Selalunya peruntukan bagi rumah PPRT cepat habis. Yang lain menunggu lama untuk mendapatkannya.
Yang cepat dapat rumah PPRT ialah dari kawasan yang YBnya rajin menghantarkan permohohan mereka yang ingin memohon lebih awal lagi dari YB2 yang lain. Begitu juga peruntukan yang lain2 seperti kebajikan masyarakat dll.
Ramai juga cikgu yang jadi ahli UMNO di LMS. Adakah mereka ini hanya pandai berhujah diperhimpunan tapi tak pandai hendak menyediakan blueprint/proposal/kertaskerja/memorundum untuk pembangunan LMS?
YMDS hendaklah mengadakan kursus untuk menyediakan kertas kerja bagi mendapatkan bantuan pembangunan di LMS untuk disemak MB kita sebelum dewan bersidang.
Kita jauh kebelakangan dari Gua Musang. Tapi kita dulu lebih baik dari Gua Musang.
Begitu juga tempat tinggal YMDS. Semasa Kubu Gajah masih hutan belantara tapi Tebing Tinggi sudah pun maju dengan adanya sekolah dan beberapa surau.
Sekarang ini surau Kampung Tengah pun terkubur. Cuba YMDS tanya tanah wakaf siapakah tanah perkuburan Tebing Tinggi?
Begitu juga Kampung Tengah. Kalau YMDS lihat dari peta satelit nama Kampung Tengah ada didalamnya. Tapi Tebing Tinggi tidak ada kelihatan. Tebing Tinggi hanya ada dalam peta biasa.
Saya kira YMDS hendaklah memajukan tempat lahir YMDS dahulu supaya kita yakin YMDS memang memperjuangkan pembangunan tempat YMDS seperti ADUN Selama. Kampung tempat lahirnya membangun dengan pesat walaupun beliau berumah di Taiping (sebab business). Kalau bukan kerana businessnya sudah tentu beliau akan duduk di Selama.
Kalau YMDS berkempen bukan untuk politik munkin ramai yang datang mendengarnya. Misalnya menerangkan pembangunan jangka panjang dan jangka pendek di kawasan ADUN Kubu Gajah. Saya suka mendengar kempen kemudahan yang disedikan dan peruntukan yang diberikan.
Sebagai contoh saya baru mengikut mesyuarat agong koperasi RISDA Selama. Mereka beritahu siapa2 nak lembu kerana kita dapat AP lembu dari Thiland. Bukan rancangan kerajaan masa depan atau yang lalu.
'Kempen' beginilah yang saya mahu. Bukan kempen kemegahan puterajaya, Malaysia terkenal didunia. Adik PM kita salah satu CEO yang terbaik di ASIA. Kita mahu dengar peladang yang terbaik datang dari Kubu Gajah.
Saya lebih yakin kepada mana2 ADUN yang membangukan kampung lahirnya terlebih dahulu dari IPOH (Meru Jaya) atau Batu Gajah (theme Park)
Saya mahu mendengar seperti Bandar Baru Pulau Pangkor, Bandar Baru Kubu Gajah, Bandar Baru Alor Pongsu, Bandar Baru Selama (di belakang rumah YB. Tempat itu tempat orang miskin tapi YB kita tidak berapa pandang).
Saya kagum melihat pembangunan di tempat lahih bonda YMDS. Bolekah YMDS laksanakan pembangunan seperti di kampung bonda YMDS di kampung RAJA, KAMPUNG TENGAH supaya ia kembali membangun seperti zaman British dahulu?
Setelah merdeka kampung tersebut semankin lengang manakala kampung PULAI bertambah maju padahal mereka itu semuanya penyokong BN.
Sekian.
YMDS,
Saya lihat di kawasan ADUN Kubu Gajah kita tidak akan jadi miskin jika kita rajin atau tidak mengenakan upah yang tinggi.
Kalau orang Kubu Gajah mengambil upah yang tinggi kita akan panggil orang Indon bekerja di ladang kita. Kemahiran mereka hampir sama.
Sebagai contoh cuba kita upah mereka meracun ladang kita. Orang Indon pun membuat kulit getah kita rosak sebab cara penyemburan yang salah. Begitu juga orang kita anak tempatan. Mereka hanya mahu siap dengan cepat dan juga tidak tahu meracun kawasan yang hutannya tebal.
Saya yang bodoh meracun pun menggunakan salurun dua depa panjang dan tembakannya boleh menembak hingga 8 kaki jauhnya untuk hutan tebal. Mereka malas hendak men'adjust' kepala penyembur.
Yang sebenarnya jika ada angin lagi jimat cara kita menyembur sebab angin tersebut menolong membawa tempias racun lebih jauh lagi asalkan ia tidak berangin arah ke kita yang menyembur..
Orang yang tak pandai, mereka mahu lihat daun2 yang disembur betul2 basah. Begitu juga mereka tidak tahu membetulkan saluran tersunbat atau bocor. Saya lihat ada orang Indon terus menggunakan penyemburan walaupun ia meleleh dihujung dan bocor di tangannya. Mereka tidak tahu menukar getah injap yang rosak.
Orang yang pandai meracun boleh menggunakan segelen racun untuk empat ekar. Orang yang bodoh hanya boleh meracun seekar segelen.
Saya bukan hendak mengajar YMDS.
Tapi begitulah keadaan pekerja kita. Baik Indon atau tempatan sama saja. Mereka hanya mahu cepat siap. Mereka kurang arif mengunakan jenama racuun yang sesuai untuk jenis tanaman. Yang mereka tahu hanya racun biasa seperti roundup, paraquat dan yang selalu mereka dengar. Kita mesti tahu memilih racun yang dapat membunuh rumput tapi tidak dapat membunuh tanaman kita walaupun racun tersebut terkena tanaman kita.
Begitu juga kemahiran mengait kelapa sawit. Kalau orang bodoh mereka tarik atau cop lebih dua kali tapi yang profesional hanya dua kali. Sebab itu yang profesional hanya mahu 40 upah setan tapi yang bodoh bagi dua harga jualan.
Sepatutnya Selama mesti ada list nama2 mereka yang profesional bekerja di ladang. Yang tidak profesional akan mengambil masa yang panjang bila mengait buah kelapa sawit atau meracun.
Begitu juga menebas. Cuba YMDS menebas lepas hujan dan bezakan dengan semasa kemarau panjang. Yang tak profesional timing pun mereka tak tahu.
Kesimpulannya ialah jika kita bekerja secara profesional semua orang akan memanggil kita untuk bekerja. Secara tidak langsung kemiskinan akan berkurangan. Oleh yang demikian mereka tidak lagi memohon rumah PPRT.
Inilah yang saya katakan 'give the fishermen fishing tackles but not fish'.
Yang sebenarnya YMDS saya ini seorang yang perpenyakit. Kalau saya lihat orang tak pandai meracun saya akan meracun sendiri. Kalau polis tak panadai tangkap pencuri saya hendak jadi polis. Kalau di universiti mereka mengajar maklumat yang sudah usang atau lapok(bukan baru) saya mahu menjadi pensyarah universiti. Jika mereka menoreh getah tak betul saya akan menoreh getah menggantikan mereka.
Yang susah sekali ialah hendak jadi pensyarah kerana mereka mahu first class honours tapi bukan pensyarah yang dapat mengajar perkara yang baru. Saya lihat ilmu sesetengah yang diajar masih ditakuk yang lama. Bila kita ajar yang baru pelajar pula tak faham. Jadi sampai bila pun pertanian dan teknologi kita masih ditakuk yang lama.
Sebab itu ramai nak jadi ahli politik kerana kerja bertani agak rumit tapi memang senang kalau kita mudah ikut pengajaran cikgu. Tapi budak sekarang lain sedikit. Jika ia benci terhadap cikgu tersebut ia tidak lagi mahu mendengar pengajarannya walaupun ilmu yang diajar akan menguntungkannya untuk hidup walaupun ia gagal dalam peperiksan. Yang mahu belajar ialah dengan ustaz apabila mereka sudah tua. Walaupun ustaz mengajar menggunakan style mengantuk mereka mangat kyusuk mendengarnya tidak seperti mereka disekolah dahulu.
Itulah hakikatnya
YMDS,
Masalah kemiskinan ada kait mengait dengan masalah lain dan akhir2nya mereka akan meminta bantuan kebajikan masyarakat atau rumah PPRT kalau tidak dibendung akar umbinya.
Sebagai contoh, saya ada 2 setengah ekar kebun getah yang berkongsi dengan dua ahli keluarga yang lain. Setengah daripada pokoknya sudah mati.
Jika sekiranya kerajaan tidak menyelaraskan harga getah antara Trengganu/Negeri Sembilan dengan Perak harga di Perak lebih rendah lagi daripada di T/NS.
Pembeli pula tidak dikawal. Sebagai contoh jika harga pagi rendah dan harga petang tinggi mereka masih membeli dengan harga pagi jika dijual pada waktu petang.
Pembeli buat harga tidak ikut konsep penyelidikan iatu getah sehari dan getah tujuh hari lamanya disimpan. Mereka lihat luarannya sahaja.
Tanah satu lot dibahagi ke 3 orang kalau nak pecah bahagian kena bayaran hampir seribu, tidak seperti di Sarawak di mana kerajaan membantu mensurvey tanah mereka (bermakna lebih murah)
Jika salah seorang meninggal dunia sudah tentu anaknya akan menjual tanah tersebut kepada dua pemilik kongsi yang lain anak yang meninggal bermastutin di Ipoh. Atau pun dua pemilik rakan kongsi menjual semunya kepada salah seorang daripada rakan kongsi hingga menjadikan ia seorang miskin tanpa tanah.
Kalau ada tanah pun harga getah lebih rendah dari Trengganu dan NS dan mengikut harga terendah dalam masa sehari dan kandungan airnya mengikut harga yang sentiasa 90% kandungan air.
Dalam keadaan senerio inilah akan menghasilkan salah seorang mereka menjadi miskin dan akhirnya pergi ke YMDS memohon rumah PPRT.
Saya memohon YMDS selalu melihat kepada 'the root of the problem' bukan sentiasa beri PPRT dan bantuan kebajikan masyarakat.
Ramai bijakpandai tidak melihat kepada punca masalah dan memberi bantuan dengan wang dll tanpa memberi pekerjaan kepada mereka atau anak2 mereka.
Kita takut masyarakat menganggap orang UMNO hanya mahu bantuan tanpa bekerja atau berusaha atas alasan sudah tua.
Abang saya lebih 80 tahun umurnya tapi anaknya yang kerja kilag membantunya dan hidup bersamanya tanpa memohon PPRT. Anaknya ada juga yang tidak boleh berjalan tapi beliau tak panggil pun TV3 untuk minta belas kesihan rakyat Malaysia.
Saya rasa mereka inilah rakyat Malaysia jati bukan rakyat subsidi/peminta sedekah.
Di Singapuru dulu ada peminta sedekah yang mempunyai 2 bunglow. Ada orang kita asyik jual tannah dan minta bantuan tanah kerajaan kerana beliau tidak mempunyai tanah. Memang betul tak ada tanah tapi sudah kaya kerana jual tanah.
Sebab itu saya minta YMDS turun padang tanpa protokol. Kalau YMDS turun padang dengan kawan YMDS, orang kerja di pejabat tanah pun boleh dapat tanah kurnia. Pandang dan dengar sendiri bukan kutip maklumat dari AJK Kampung. Kalau AJK kampung yang ditanya mereka akan ketengahkan kroni mereka sahaja. Kalau begitu susahlah BN hendak menang di Kubu Gajah. INILAH ISU YANG DIBANGKITKAN DAP di mana2 mereka berada. Mereka ada data semuanya. UMNO tiada data yang dikemaskini. Kalau dulu DAP perkauman tapi sekarang setelah bergabung dengan PAS isu mereka berubah seolah2 mereka menjadi champion mengatasi kemiskinan walaupun demokrasi mereka lebih kepada survival of the fittest, law of the jungle seperti meritocracy, dan slogan 'tak kaya kerana mereka malas'.
Sekian
Post a Comment