9 August 2011
Sumbangan
Sekalipun dalam bulan ramadan, program turun padang Adun Kubu Gajah berjalan seperti biasa.
Petang tadi, saya melawat ibu tunggal, Jamilah Bt. Osman di Batu 20.
Dalam lawatan itu, saya turut meninjau keadaan rumah Jamilah yang tinggal bersama dua orang anak yang agak uzur.
Beliau bertuah kerana Felcra akan memperbaiki rumahnya dengan belanja RM 11,000 tidak lama lagi.
Beliau begitu gembira menerima berita tersebut dan begitu bersyukur ke hadrat Allah S.W.T.
Turut hadir ketua kampung batu 20, Haji Mat Isa Harun dan beberapa orang ketua kampung yang berhampiran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS.
Saya berterima kasih kerana YMDS cubah menghabiskan masa di kawasan ADUN Kubu Gajah daripada Batu Kuarau.
Biarlah YB ADUN Batu Kurau melawat Batu Kurau selalu. Jangan asyik di Ipoh sahaja. Tak guna kita duduk lama di tempat DAP. Lebih baik kita di Batu Kurau kerana periok nasi kita di Batu Kurau.
Periok nasi YMDS di kawasan ADUN Kubu Gajah bukanya di Batu Kurau.
YMDS hendaklah kreatif merancang rangka lawatan di kawasan ADUN Kubu Gajah. Jangan tunggu jemputan Ketua Kampung atau jemputan kenduri sahaja.
Sekali dalam seminggu saya harap YMDS juga NAIK PADANG berjumpa mreka yang mempunyai kuasa atau kelebihan untuk membangunkan Kubu Gajah.
Sebagai contoh elok juga YMDS jumpa Dato Hamzah sekali dalam seminggi. Begitu juga Menteri Besar. Kerana mereka ini ada power untuk memajukan kawasan ADUN Kubu Gajah.
Untuk menggalakkan YMDS untuk membangunkan ADUN Kubu Gajah saya percaya ia akan maju jika YMDS membina rumah YMDS di Tebing Tinggi iaiu di Tanah YMDS. Kalau YMDS membina rumah YMDS DI TANAH ymds di Tebing Tinggi kami percaya kawasan ADUN Kubu Gajah akan lebih maju daripada kawasan YMDS hendak bangunkan seperti Theme Park Batu Gajah.
Kenapa theme park tidak di bina di Bukit Merah (SUDAH PUN DIMULAKAN) kerana ia lebih terkenal daripada Batu Gajah di persada dunia. Dari segi pemasaran tidak ada masalah seperti Pangkor Resort tidak terkenal di IPOH tapi terkenal di dunia.
Sekian
YMDS,
FELCRA banyak untung kerana harga setan kelapa sawit sentiasa melebihi $600 setan. Sudah tentu banyak rumah boleh dibina.
Kalau nak beri duit raya janganlah annouce diTV kerana ramai juga yang iri hati.
Kalau duit raya diberikan ke penorka FELDA dan mereka berjawatan kerajaan dari manakah wang tersebut diperolehi. Sudah tentu sebahagiannya datangnya dari cukai hasil jualan barangan hasiltani seperti hasil keluaran minyak sawit, getah dll.
Kalaulah begitu keadaannya duit hari raya perlu juga diberikan kepada pekebun kecil kelapa sawit yang berdaftar dengan MPOB. Bukan begitu YMDS?
Saya rasa begitulah hendaknya kalau ada keadilan.
Post a Comment