Template by:
Free Blog Templates

16 August 2011

Dividen









Perbadanan Pertanian Negeri Perak (PPNP) memperuntukan sebanyak RM 221,200 sebagai bayaran dividen untuk diagih-agihkan kepada seramai 551 orang penerima dalam Parlimen Larut.

Ia adalah hasil keuntungan yang diperolehi oleh PPNP melalui projek Ladang Rakyat di Ladang Sungai Segar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah tahun ini.

Saya berkata demikian di majlis penyampaian dividen tersebut sempena sambutan Hariraya Aidilfitri peringkat DUN Kubu Gajah di Dewan Orangramai Kampung Tersusun Kubu Gajah, petang tadi.

Bagi DUN Kubu Gajah melibatktan sebanyak RM 62,000 yang disampaikan kepada seramai 155 orang penerima termasuk warga emas dan mereka yang kurang berkupayaan (OKU).

Selaku ADUN dan Ketua UMNO Bahagian Larut Saya juga meminta agar PPNP mengkajii untuk membuka projek ladang rakyat di Parlimen Larut terutama di kawasan tanah Kerajaan yang masih lebum dimajukan.

Ladang Rakyat di Sungai Segar dimajukan ketika Saya masih menjadi ADUN sekitar tahun 1990 dan mula mengagih-agihkan hasilnya sekitar tahun 2000.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai PPNP dan kakitangannya. Majlis yang sama akan diadakan di DUN Batu Kurau besok dan di Selama pada hari Khamis.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Sepatutnya untung saham kelapa sawit dan getah mestilah banyak daripada keuntungan saham2 yang lain kerana semua syarikat perladangan sawit mencatat keuntungan yang lumain.

Bayangkan kalau setan kelapa sawit bernilai $600/-. Upah urusan $100/- dan bajanya $100/-. Orang yang bodoh pun dapat $400 untung. Cuba YMDS kira peratus keuntungannya.

Saya rasa tentu ramai orang Melayu yang pandai mengira keuntungan kelapa sawit.

Bayangkan jika penorka memperolehi 8 atau 6 ekar. Senang2 dapat 4 ribu kalau cukup matang.

Salah satu cara untuk membantu penorka dan pemilik saham tanaman kelapa sawit dan getah ialah menutamakan pemberiak pekerjaan kepada anak2 penorka.

Reformasi yang paling baik ialah dengan memberi jawatan eksekutif dalam ladang penorka kepada anak penorka. Begitu juga pengarah anak syarikat FELDA mestilah diberikan kepada anak penorka sahaja. Jika mereka menolak barulah kita berikan kepada Tan Sri dan Datuk UMNO kerana mereka ini lebih berpengelaman daripada anak penorka atas dasar MERITOKRASI.