7 September 2011
Jamuan Raya
Suasana rumah terbuka terus diadakan pada sambutan Hariraya Aidil Fitri ini di sekitar Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah dan Parlimen LARUT.
Saya sempat menghadiri jamuan Hariraya Aidilfitri dan menaiki rumah baru Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian LARUT, Juraidah binti Ismail di rumahnya di Peringkat 4, FELDA, IJOK.
Turut hadir ialah suami beliau, Nordin Abu Hassan yang juga Penyelia KEMAS Parlimen LARUT dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian.
Kemudian, Saya menghadiri jamuan Hariraya di rumah Ketua UMNO Cawangan Teluk Mas, Ulu Selama, Suhaimi bin Haji Abdul Rahman di rumahnya.
Turut hadir ialah beberapa orang Ketua UMNO Cawangan dan Ketua Kampung yang berdekatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment