Template by:
Free Blog Templates

21 September 2011

Sungai








Dalam perjalanan ke Pekan Ijok, Saya singgah untuk melihat kerja-kerja menjojoi Sungai dekat Bendang Luas dan terkejut pembinaan projek itu yang baru sahaja siap, tetapi didapati ketulan batunya ada yang runtuh.

Beberapa orang pekerja mengambil pasir di kawasan berhampiran juga melahirkan rasa terkejut dengan runtuhan itu, sedangkan projek itu baru sahaja beberapa hari siap.

Saya berharap pihak JPS dapat segera menyiasat dan mengatasi masalah itu dan jika perlu memanggil pihak yang bertanggungjawab melaksanakan projek itu.

Projek menjojoi itu adalah bagi menggelakan berlakunya tebing sungai yang berhampiran runtuh ketika berlaku banjir besar.

Boleh dikatakan disepanjang tebing kebanyakan sungai dalam Mukim Ijok terutamanya sentaisa ternancam keapda hakisan dan banjir besar.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan Redang Panjang, Khairul Azizan bin Mat Dali yang juga Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

0 comments: