Template by:
Free Blog Templates

10 September 2011

Jamuan Raya DUN Batu Kurau







Umat Islam diingatkan keburukan yang akan menimpa mereka sekiranya soal perpaduan ummah tidak dititikberatkan.

Umat Islam tidak ada pilihan melainkan mereka sentiasa bersatu dan mengutamakan perpaduan jika mereka mahu terus berada di tampuk pentadbiran dan pemerintahan.

Saya berkata demikian ketika berucap selaku Ketua UMNO Bahagian Larut di majlis jamuan Hariraya Aidil Fitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Kapt (B) Haji Najmuddin Elias bersama Bahagian Larut di perkarangan Dewan Serbaguna Astaka, Batu Kurau, pagi tadi.

Umat Islam akan kehilangan kuasa dan segala-galanya jika mereka terus bercakaran sesama sendiri dan tidak mahu bertolak ansur demi perpaduan ummah.

jika Umat Islam berpecah, akan ada orang lain yang mengambil kesempatan untuk merampas segala nikmat yang dikecapai oleh mereka dalam Negara yang mereka sendiri perintah dan tabdir.

Justeru, sebalum mereka kehilangan segala-galanya, mereka harus sedar dan menjadikan iktibar dengan perpecahan di kalangan umat islam di Negara lain yang akhirnya merugikan mereka sendiri.

Malaysia,sebagai sebuah Negara berbilang kaum menikmati keadaan hidup yang begitu bagi dan ia tidak seharusnyalah di musnah hanya kerana adanya pihak-pihak yang begitu rakus dan memeitngkan diri sendiri untuk berkuasa.

Majlis rumah terbuka di Parlimen LARUT terus diadakan oleh individu bagi meraikan umat islam dan oranga ramai.

Saya juga turut menghadiri majlis rumah terbuka Pegawai Khas ADUN Selama, Mohamed Radzi Awang Kecik di Kuala Nor, Ulu Selama, tengahari tadi.

0 comments: