9 September 2011
Mesyuarat perhubungan
Menghadiri mesyuarat badan perhubungan UMNO Perak, Malam ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zanbry Abdul kadir menyentuh isu-isu politik semasa.
Menggerakkan jentera pilihanraya disemua peringkat juga turut dibincangkan.
Mengeratkan lagi silaturahim sentiasa menjadi keutamaan.
Turut hadir Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid hamidi yang juga ketua UMNO bahagian Bagan Datoh dan Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz Yeop yang juga ketua UMNO bahagian Padang Rengas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Kita selalu mesyuaarat politik sana sini, tapi kita tidak nampak punca pengundi tidak mengundi BN.
Di kawasan ADUN Kubu Gajah ramai berpendapt yang keluar parti bukan disebabkan BN atau UMNO tapi yang mereka tidak suka ialah segelintir daripada pemimpinya.
Pendidikan perlu diberikan kepada pengundi supaya dapat memilih pemimpin mengikut kriteria pengundi, bukannya kriteria pucuk pempinan.
Mereka mahu yang rajin (macam Cikgu Md Isa, Selama), bersih (tanpa ada berita angin yang tidak sihat, walaupun tidak betul seperti MB Johor), ikhlas (walaupun pencen masih membantu membangunkan Kubu Gajah atau pun mengadakan rumah terbuka seperti Dr. Mahathir) dan boleh membangunkan KUBU Gajah (disegani, bila minta derma ramai yang menghulurnya tanpa ragu2 seperti JP Selama). Kalau kita tidak disegani kita tidak akan dapat Sime Darby, Boustead, dan Genting Plantations untuk membantu membangunkan Kubu Gajah.
Sime Darby membantu pembangunan Hub Pendidikan Pagoh kerana mereka segani TPM. Behitu juga Boustead.
Sekian.
Post a Comment