Template by:
Free Blog Templates

5 September 2011

Beraya dengan Sahabat lama






Saya begitu gembira kerana petang tadi dapat bertemu semula dan beraya dengan sahabat lama ketika sama-sama tinggal di satu asrama Sekolah dahulu di rumahnya di FELDA, Ijok.

Kebetulan, Salih Ludin bin Muhamad dan isteri, Rosidah binti Abdullah Ariff, semalam mengadakan majlis kenduri kahwin anak perempuan mereka, Adauwiah yang sedang belajar di Universiti Kebangsaan dengan pasangannya, Abdul Muein bin Abadi yang berasal dari Trengganu.

Salih Ludin atau lebih dikenali dengan Salih Janggut walaupun, lebih senior daripada Saya ketika kami sama-sama di Sekolah Menengah, tetapi begitu rapat sekali.

Setelah sekian lama tidak bertemu, kami akhirnya berjumpa semula di FELDA, Ijok. Beliau kini tinggal bersama keluarganya di peringkat 1.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shulur Haji Jaman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Mesjid.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Pengelaman sayaialah ramai mereka yang belajar bersama2 kita yang betul2 ikhlas berkawan dengan kita

Yang lain, ramai kawan2 kita yang akan meninggalkan kita ialah semasa kita 'jatuh' (kalah) atau pun pencen.

Lagi satu mereka yang rajin akan menjadi sahabat yang kekal. Yang tidak kekal ialah sahabat yang kaki ampu. Tapi kita boleh kudakan mereka ini walau pun kita tahu mereka tidak akan jumpa kita bila kita tidak mempunyai kedudukan.

Selalunya yang meninggalkan kita ialah mereka yang malas yang selalu mencari alasan dan sentiasa menerangkan banyak problem.

Yang rajin akan mencari jalan dan sedikit bercakap dan banyak bekerja.

Terima kasih.