Template by:
Free Blog Templates

21 September 2011

Rumah











Gembira tak terkira bila menerima berita bahawa beliau akan menerima sebuah rumah baru bagi menggantikan rumah yang sedia ada yang begitu uzur.

Puan binti Desa, 74 tahun, warga emas begitu terharu dengan berita yang Saya sendiri sampaikan itu hari ini di rumahnya di Kamung Redang Panjang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Kerajaan akan mendirikan sebuah rumah baru kepada beliau yang juga Ibu Tunggal dengan kos lebih RM30,000 dalam masas terdekat ini.

Rumah baru itu cukup selesa bagi Puan di rumah papan yang ada sekaraang dan amat berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang tinggal sendirian kini menerima bantuan bulanan sebanyak RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Seorang lagi Ibu Tunggal, Rehiza binti Abdul Wahab, 44 tahun yang tinggal di Kampung Kota Raja Bersiong juga akan menerima bantuan rumah yang sama.

Beliau yang mempunyai lapan orang anak kini menumpang rumah kakaknya, Rehan binti Abadul Wahab sejak lima tahun yang lalu.

Rehan pula telah tinggal di rumah di situ sejak 25 tahun yang lalu dan baru-baru ini dalam satu kejadian banjir, rumah beliau telah dilanda lumpur.

Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Redang Panjang, Khairul Azizan bin Mat Dali yang juga Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

0 comments: