Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razaj dan isteri, Datin Seri Rosman Mansur tiba di Ipoh pagi ini untuk lawatan sehari ke Perak.
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Sultan Shah disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry dan Isteri serta Para Pempin Barisan Nasional (BN) yang lain.
Selain menghadiri Jamuan Hariraya Aidilfitri di Taman San Choon dalam Parlimen Gopeng, Perdana Metneri dan Isteri akan turut hadir ke majlis perkahwinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi di Tanjung Tualang.
Datuk Seri Najib kemudian akan ke Parlimen Pasir Salak sebelum berlepas ke FELDA, Lasah dalam Parlimen Sungai Siput untuk satu lagi majlis resmi.
Beliau akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur sebaik selesai majlis tersebut.
0 comments:
Post a Comment