Template by:
Free Blog Templates

31 March 2011

Dewan baru






Penduduk-Penduduk Kampung Sangkut, mengucapkan Terima Kasih kepada Kerajaan kerana mendapat Dewan baru yang dibaiki pulih.

Ketua Kampung Kampung Sangkut, Mat Zan Kassim begitu gembira menyatakan perasaan terima kasih itu ketika Saya membuat lawatan ke Kampung PPRT sambil melihat keadaan Dewan yang baru siap itu.

Sebanyak RM 30,000 dibelanjakan bagi membina dewan tersebut yang memberi kemudahan kepada penduduk untuk mengadakan perjumpaan.

JKKK kini juga boleh mengadakan pelbagai program bagi kebaikan penduduk serta memupuk semangat perpaduan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya harap dewan dapat digunakan supaya ia betul2 berguna.

Kita tidak mahu dewan yang sentiasa tertutup macam di Sungai Malau Dalam walaupun kita ada orang UMNO yang hebat juga di situ tapi malangnya aktiviti tidak rancak diadakan. Yang sebenarnya mereka yang minat mengail (menangkap ikan) pun boleh dilengkapkan dengan persatuan dan seterusnya mengadakan perjumpaan di dewan tersebut.Begitu juga kumpulan pengait kelapa sawit dll aktiviti seperti demonstasi menjahit, mengait buah kelapa, ceramah agama, sosial,ekonomi RISDA, ASNB, JPT, JKM. Kita banyak jabatan. Buatlah jadual ceremah yang menguntungkan masyarakat setempat seperti yang dilaksanakan di masjid2 di pekan2 pada masa ini.

Sepatutnya tiap2 ketua bahagian/sektor JKKK hendaklah menghebahkan maklumat dan merancang program di dewan ini.

Dewan kampung saya pun tak hidup kerana JKKK tidak kreatif dan inovatif.

Sekian. Terima kasih.