11 March 2011
Metro
Tahniah diucapkan kepada Akhbar Harian Metro yang menyambut Hari Ulangtahun ke 20nya, semoga ia terus menjadi alat penyebaran maklumat terpenting di Negara ini.
Saya juga yakin Metro akan terus berkembang dengan gayanya sendiri, sambil mampu bersaing dengan Akhbar-Akhbar utama yang lain.
Saya menyatakan demikian dalam Wawancara selepas majlis penyerahan sumbangan untuk program melukis bersempena sambutan Ulang Tahun Metro ke 20 di Pejabat Kumpulan NSTP di Ipoh, pagi tadi.
Sumbangan itu diserahkan kepada Ketua Biro Metri Perak, Mohd Jamilul Anbia.
Ketika ini Metro mempunya pembaca yang begitu ramai hingga mencecah beratus ribu orang dan diharap pencapaian itu bukan sahaja terus meningkat, tetapi menjadi contoh kepada perkembangan Dunia Akhbar tempatan.
Tidak dinafikan Akhbar Metro menjadi pujaan ramai dikalangan pembaca Remaja dengan berita sensasinya dengan pelbagai pendedahan yang berani.
Begitupun, selain mengaut keuntungan adalah diharapkan agar Metro turut menjadi alat membantu membangunkan masyarakat.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada seluruh tenaganya dari atas hinggalah ke peringkat bawah yang telah membanting tulang bagi memajukan Akhbar Metro.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Dihrap Metro kurang menyiaran berita hasil cerita atas cerita.
Selalunya berita sensari ialah berita yang diceritakan oleh orang lain kepada akhbar.
Sebagai contoh pemberita Metro hendaklah melihat kejadian itu sendiri untuk dijadikan bahan bacaan.
Saya bertanya saudara saya yang selalu bercerita hantu tapi ia tak penah pun melihat hantu. Adakah pemberita begini yang lita mahu dan tambah gaji mereka.
PAS dan UMNO tidak sebulu kerana pemberita selalu menulis berita hasil cerita orang lain.
Keluarkanlah sedikit wang untuk melihat peristiwa yang sebenarnya seperti cerita orang kita dekat Medan/Tanjung Balai baru2 ini. Heboh tapi tiada bukti... cuma cerita atas cerita, tiada pemberita yang melihat kejadian yang sebenar.
Sekian untuk mkluman YMDS.
Post a Comment