Template by:
Free Blog Templates

15 March 2011

Bekalan



Melawat rumah Mohd Azham bin Abas,24 tahun di peringkat 3, FELDA, Ijok yang memerlukan bantuan kemasukan bekalan Elektrik ke rumahnya.

Beliau yang menumpang di atas tanah Ibunya itu kini bekerja sebagai penjual di Kamunting. Mohd Azham, sudah berkeluarga.

Beliau adalah diantara generasi kedua yang dikenal pasti menghadpi masalah tempat tinggal di Tanah Rancangan tersebut.

Saya akan berbincang dengan pihak berkenaan bagi mengatasi masalah yang beliau hadapi. Turut sama dalam lawatan itu ialah Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kalau YMDS utamakan memberi bantuan kepada mereka yang bekerja di kampung lebih baik daripada mereka yang berhijrah ke bandar. Kalau YMDS selalu berbuat demikian mungkin ada masyarakat menganggap YMDS menolong kroni atau kaum keluarga.

Sebagai contoh jika tanah kerajaan diberikan kepada orang luar ramai masyarakat menanggap kerajaan membantu kerabat mereka yang bekerja di Pejabat Tanah atau JKK politik dan JKKK yang ada diluar kawasan.

Tempat kita, kalau kita jual nasi lemak pun habis sebelum tengah hari kerana saya seorang pun akan membeli 6 bungkus sebelum sampai ke kebun saya.

Sekian.