31 March 2011
Harta benda awam rosak
Saya amat kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang telah merosakan Harta Benda Awam yang dibina oleh Kerajaan untuk kemudahan rakyat.
Saya terkejut melihat tandas awam yang baru siap dibina di Padang Majlis Daerah Redang Panjang, rosak dengan pintu terkopak dan cermin pecah serta keadaan yang berselerak.
Saya melakukan lawatan mengejut itu sebaik diminat oleh pihak Pusat Kesihatan Redang Panjang pada majlis perasmian program gotong royong membersih kawasan.
Pusat Kesihatan berkenaan pada mulanya merancang mengadakan pertandingan Bola Sepak di padang yang baru siap dinaikan taraf dengan perbelanjaan agak besar, tetapi terkejut bila mendapati berlaku banyak kerosakan termasuk seperti berpaya.
Tidak dinafikan keadaan padang yang barangkali becak akibat hujan yang sering turun, tetapi tidaklah keadaannya seburuk itu.
Namun, Saya telah maklumkan perkara itu kepada Yang diPertua Majlis Daerah Selama, Haji Yusop bin Abustan untuk diambil tindakan.
Turut sama dalam lawatan itu ialah Ahli Majlis D aerah Selama, Mohamed bin Abdullah, Ketua Kampung Redang Panjang, Zainuddin bin Hamid dan Pegawai-Pegawai Pusat Kesihatan Redang Panjang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Kata2 hikmat yang berlandaskan Islam hendaklah di lekatkan di tempat2 yang hendak dirosakkan oleh masyarakat terutama sekali di pondok talipon.
Saya pernah mensyorkan papan kata2 hikmat diletakkan di Kubu Gajah supaya mereka tidak melepaskan lembu2 mereka merosakkan tanaman.
Sebagai contoh "Elakkan Membeli Haiwan Merosakkan Tanaman Orang Lain Untuk Di Jadikan Persembahan Kekah dan Korban" Ingatan ini boleh dipendekkan. Mungkin Cikgu Abu Samah dapat membantunya.
Malangnya lembu tersebut tidak pergi ke rumah Cikgu Abu Samah. Takkanlah beliau hendak membantu.
Sekian. Terima kasih.
Post a Comment