Template by:
Free Blog Templates

22 March 2011

Banjir






Penduduk-penduduk di DUN Kubu Gajah, terutama yang sering diancam banjir diingatkan agar berjaga-jaga pada musim cuaca sekarang yang sering Hujan.

Ketua-Ketua Kampung dan JKKK di kawasan-kawasan yang sering diberlaku banjir dinasihatkan agar sentiasa memantau jika berlaku hujan lebat.

Sejak kebelakangan ini, hujan sering turun dan ini membimbangkan jika berlaku banjir dan pihak-pihak seperti JPS dan JKR juga disarankan agar sentiasa memantau sepanjang Sungai kerana banyak juaga kediaman yang berdekatan dengan sungai.

Kepada penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai diharap mereka mengambil langkah berjaga-jaga dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini.

JKR juga diminta agar segera memperbaiki jalan-jalan yang sering rosak akibat banjir kerana ini membahayakan pengguna.

Petang semalam ketika melawat kawasan, Saya hampir terperangkap dengan banjir dekat Redang Panjang.

JIka berlaku hujan lebat jalan Redang Panjang-Ijok ini sering dinaiki air dan menyebabkan ia ditutup kepada lalulintas.

0 comments: