Template by:
Free Blog Templates

12 March 2011

Pelumba Thai


























Beribu Orang membanjiri FELDA, Ijok pagi tadi untuk menyaksikan majlis perasmian perlumbaan 4X4 dan Motorcross Road to Kubu Gajah Chellange Trophy 2011, selama dua hari.

Pada mulanya Peserta dari Negara jiran, Thailand dijadualkan mengambil bahagian, tetapi membatalkan pada saat-saat akhir ekoran pergolakan politik yang sedang melanda Negara tersebut.

Begitupun, perlumbaan tetap meriah dengan kehadiran peserta-peserta dari seluruh Negara. Menariknya lagi buat pertama kali dianjurkan pertandingan Motorcross di kalangan remaja.

Ketika berucap meresmikan Perlumbaan tersebut yang kali kedua diadakan di DUN Kubu Gajah, program itu akan diadakan sebagai acara tahunan untuk menarik lebih ramai orang datang ke DUN Kubu Gajah.

Pada tahun 2012 kebetulan sambutan Ulangtahun Jubli Emas FELDA, Ijok perlumbaan akan diadakan lebih meriah lagi sekitar pada bulan Julai.

4X4 Road to Kubu Gajah, juga diharap akan diterima oleh Pengurusan FELDA Pusat sebagai satu-satunya acara tahunan dalam Rancangan Tanah tersebut.

Ia turut disambut baik Pengurus FELDA, Ijok, Aziz Mat Isa yang sentiasa memberikan komitmen, penganjuran perlumbaan tersebut di FELDA, Ijok.

Saya juga berharap sukan lasak akan menjadi minat ramai, terutama di kalangan remaja bagi mengisi masa lapang mereka.

Diharap sukan ini juga akan dapat dikembangkan kepada rakyat Malaysia dengan sokongan semua pihak termasuk Majlis Sukan Negara (MSN).

4X4 ini juga diharap tidak hanya disertai oleh kalangan mereka yang berkemampuan, tetapi juga para belia dan melalui Kelab-Kelab yang ditubuhkan ia dapat memberi bimbingan kepada kumpulan ini.

Pada majlis terssbut juga generasi kedua di kalangan Peneroka FELDA disarankan menyertai Askar Wataniah sebagai usaha menggalakan lebih ramai rakyat menyertai pasukan Sukarelawan.

Panglima 2 Briged, Brigadier Jenaral Datuk Zulkifli bin Mansor yang turut hadir juga menyatakan kesediaan pihaknya membantu penubuhan Askar Wataniah di FELDA, Ijok.

Bersempena dengan perlumbaan itu, turut juga diadakan ialah pameran pelbagai Jabatan Kerajaan termasuk Angkatan Tentera dan Kesihatan yang memberikan perkhidmatan percuma.

Penduduk tempatan juga mengambil kesempatan berniaga di gerai-gerai yang disediakan oleh pihak Penganjur.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kalau banyak sponsor mungkin acara ini semankin mariah. Kontraktor UMNO juga boleh memberi bantuan dan begitu juga mreka yang dapat tender kerajaan.

ADUN Selama banyak dapat tender. Bolehlah beliau membantu untuk mengiklankan acara tahunan ini secara besar2an. Begitu juga mereka yang dapat kontraktor F patut tidak ketinggalan untuk menjayakan sukan tahunan ini.

Agensi kerjaan boleh digalakkan untuk memberi penerangan di tempat yang sama. Ramai yang tidak tahu peranan agensi kerajaan.

Sekian untuk makluman YMDS.