Template by:
Free Blog Templates

8 March 2011

Sidang DUN

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan diadakan awal bulan depan dan diharap ia berjalan lancar dengan Ahli-Ahli tidak kira samada dari pihak Kerajaan mahupun Pembangkang mengambil bahagian dalam perbahasan dengan memberi pandangan-pandandan yang positif untuk kemajuan rakyat dan Negeri.

Seperti biasa setiap kali sidang pada awal tahun, DYMM Paduka Seri Sultan akan berangkat meresmikan pembukaannya dalam istiadat penuh warna warni.

Selepas menjunjung kasih diatas Titah Ucapan Tuanku yang dibawa oleh Penyokong Kerajaan, Ahli-Ahli akan diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Dasar yang kemudian akan di gulung oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pada sidang Bajet yang lalu, jelas di Pihak Pembangkang sudah menunjukkan sedikit kerjasama untuk mempastikan kelincinan sidang DUN, cuma sedikit tercalar ekoran pemulauan sidang hanya kerana Ahli mereka perintah meninggalkan dewan oleh Speaker Dewan.

Pertikaman lidah diantara Pembangkang dengan Kerajaan adalah perkara biasa kerana biasanya Pembangkang tidak akan pernah berpuas hati dengan apa juga yang dilakukan oleh Kerajaan.

Soalan Lisan dan Bertulis akan dikemukan pada sidang tersebut sebagai salah satu atur cara Mesyuarat.

Saya sendiri telah mengemukan beberapa soalan lisan dan bertulis kepada Dewan terutama yang tertumpu kepada masalah mengenai kebajikan rakyat dan kemiskinan.

Semoga, sidang kali ini berakhir dengan penuh tauladan bagi menjaga nama baik dan imej DUN di mata rakyat dalam memperjuangkan nasib mereka.

Selamat bersidang.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Sidang bajet yang lalu memanglah nampak pihak pembangkang sudah memberi kerjasama disebabkan 5 kawasan ADUN pembangkang di Lembah Kinta mendapat perancangan pembangunan yang amat meransangkan jika dibndingkan dengan pembangunan yang dirancang di kawasan ADUN Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau.

Malahan ia menjadi top prioriti seperti bandar Meru, bandar teknokrat dll.

Walaupun Perak mempunyai 5 program besar bagi Amanjaya tapi kita sudah pun tahu kawasan seperti Lembah Kinta dan Manjung akan dimajukan terlebih dahulu.

Manakala lembah Briah akan dibangunkan LAST (penghabisan).

Salah satu sebab kenapa Lembah Briah tidak dimajukan seperti Manjung mungkin kerana Wakil Rakyanya tiada taring (siong) atau pun POWER. Lagi2 pun sudah tentu ada pihak tertentu membangkitkan soal 'marketing' sebab Ipoh dibangunkan terlebih dahulu. Tapi macam mana lapangan terbang Subang yang boleh membangun di tempat yang kita agak tidak mempunyai tarikan 'marketing'/pelancong. Apa bezanya dengan Briah.

Silap2 lebuhraya Jelapang-Selama pun akan dekemudiankan kerana ada 2 orang kuat kita asyik mahu membangunkan jalan keretapi dari Ipoh ke Manjung didahulukan walaupun mereka sendiri tidak mahu menaiki keretapi tersebut jika hendak balik ke Setiawan dan P.Pangkor.

Anak buah saya katakan naik kerita hanya 40 minit. Kalau nak tunggu keretapi pun lebih 40 minit. Untuk makluman YMDS anak buah saya yang tak ada PHD pun, (ia tak lulus SPM) tidak mahu naik keretapi ke Manjung. Ramai keluarga saya di Manjung tak mahu naik keretapi dari Ipoh ke Manjung.

Memenglah ia dapat membangunkan persekitaran.

Tapi cuba lihat jalan Taiping-Selama? Bagaimana hendak membangun kerana kelilingnya hanya estate dan hutan simpan. Masyarakat tidak boleh membina rumah mereka di estate atau di tanah kerajaan.. KECUALI..

Kalau tanah tepi jalan diberikan 2 ekar tiap2 seorang sudah tentu kawasan tersebut membangun macam cendawan asalkan mereka yang tak dapat tanah betul2 diberikan tanah, bukan macam FELCRA Tebing Tinggi (hanya segelintir sahaja yang membina rumah mereka di situ)kerana yang lainnya sudah mempunyai tanah.

FELCRA Tebing Tinggi boleh membangun jika mereka yang betul2 tidak mempunyai tanah diberikan tanah kurnia.

Sekian untuk makluman YMDS

Anonymous said...

YMDS,

Soalan kemiskinan tidak akan berakhir jika kita hanya berikan atap zing, rumah PPRT, bantuan makanan,wang kebajikan masyarakat dll.

Kita mesti bantu mereka dengan memberi pekerjaan kepada anak2 mereka supaya anak mereka dapat membantu ibu bapa mereka.

YMDS dan saya sendiri mengalami perkara ini.

Perak mesti memberi pekerjaaan berdasarkan kemiskinan tetapi bukan berdasakan meritokrasi atau kroni terpilih.

Jika pekerjaan diberikan berdasarkan meritokrasi dan kronisma sampai bila pun kita tidak dapat mengatasi kemiskinan di Perak.

Semalam Hong Kong berdemonstrasi.
Salah satu sebabnya ialah jurang anatara yang miskin dan yang kaya bertambah luas.

Sebab itu saya sentiasa syorkan pembangunan mestilah diukur berdasarkan Indek Ginni Koefesien.

Semasa ekspo NKRA dahulu saya masih mensyorkan kepada mereka yang berwajib sentiasa mengukur tahap pembangunan berdasarkan Ginni Koefesien. Tapi jabatan statistik masih tak mahu berbuat demikian. Mungkin kita masih dipengaruhi kumpulan elit taradisional. Jika Ginni koefesien tidak dipantau kita akan jadi negara SIOK sendiri tapi pencuri bertambah

Nasib baiklah mereka di Hong Kong berdemonstrasi dan di Malaysia berbilang kaum kurang bersatu padu. Kalau berbilang kaum ini bersatu dan yang miskin bertambah miskin kita takut parti komunis pula yang kan timbul.

Anonymous said...

YMDS.

Salah satu cara untuk mengatasi kemiskinan ialah supaya kerajaan hendaklah cuba mengelakkan orang yang sama dan ahli keluarganya dapat semuanya (diberikan semuanya).

Mereka dapat hanya satu bantuan sahaja jadilah. Jangan semuanya dhiberikan kepada orang yang sama dan kepada hampir semua ahli keluarganya.

Sebagai contoh kawan saya di Selama. Beliau dilantik menjadi AJK majlis dan banyak lagi AJK yang lain. Jika orang yang tidak pernah menoreh getah atau mengait kelapa sawit dilantik jadi AJK koperasi RISDA bagaimana beliau boleh tahu untuk membangunkan koperasi tersebut. Bintang kehormatan pun diberikan kepadanya.

Selalunya AJK yang rajin di peringkat kampung ialah mereka yang menjadi setiausaha. Yang lain ramai yang pandai jual air lior sahaja. Mereka hadir mesyuarat hendak merasa jamuan sahaja. Di akhir mesyuarat semuanya setuju dengan pengurusi. Kalau semua setuju dengan pengurusi tak payahlah datang ke mesyuarat.

Contoh yang lain ialah orang yang sama menjadi kontrektor, dapat tanah FELCRA, menjawat jawatan pengurusan (AJK) FELCRA dll lagi.

Kerajaan bermati-matian hendak membangunkan modal insan. Tapi setelah kita lulus universiti belum tentu kita mendapat pekerjaan berdasarkan kelulusan kita.

Jestru itu saya memohon kerajaan membina lebih banyak institut pertanian, perikanan dan vertiner kerana pelajarnya senang mendapat pekerjaan selain daripada jururawat dan guru.

Lagi satu ialah membina sekolah hanya untuk belajar bahasa Inggeris sahaja kerana untuk menjadi CEO dan kerja yang berkaitan kerajaan mahu mereka yang pandai berbahasa Inggeris walaupun mereka tidak dapat menguntungkan dan memperkembangkan syarikat seperti Airasia. Tapi untungnya juga tidak seberapa.

Sekian pandangan saya.