Template by:
Free Blog Templates

27 March 2011

UMNO-PRU







Kepimpinan UMNO Pusat dan Negeri diminta mengambil kira pandangan dan suara akar umbi bagi menentukan kemenangan Parti daam Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Kepimpinan UMNO harus menjadikan keputusan PRU yang lalu sebagai iktibar dan tidak menggulanggi kesilapan yang boleh mellemahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada keseluruhannya.

Semangat dan kerja kuat ahi-ahli UMNO di peringkat akar umbi akan menjadi lemah jika suara dan hasrat kepimpinan dibawah tidak dipandang sepi oleh Pemimpin yang diatas.

Pada masa yang sama, Ahli-Ahli UMNO juga harus bersatu dan tidak bagaikan marahkan pejabat kelambun dibakar.

Nasib Orang Melayu terletak ditangan UMNO dan rakyat pada BN keseluruahnnya bagi membela nasib mereka.

Saya berkata demikian selaku Ketua UMNO Bahagian Larut ketika berucap meresmikan Persidangna tahunan UMNO Cawangan Pekan Selama, di Dewan Orangramai Taman Sentosa pagi tadi.

Mengenai PRU ke 13, UMNO Bahagian Larut akan mempertahankan rekod cemerlang mereka dengan memnanggi kesemua empat kerusi yang dipertandingkan.

Pada masa ini, BN Larut melalaui UMNO menguasai kerusi Parlimen, DUN Kubu Gajah, DUN Selama dan DUN Batu Kurau dan merupakan "Simpanan Tetap" kepada BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul razak.

UMNO Bahagian Larut juga berdiri Teguh dibelakang kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri dr Zambry Abd Kadir.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Banyak perkara yang YMDS sarankan adalah perkara yang sama tiap2 kali perjumpaan.

Yang penting adalah strategi.

Yang pertama beri kedudukan kepada mereka yang dapat mengumpulkan ahli UMNO yang paling ramai.

Misalnya berkerja di pejabat UMNO.

Yang kedua semak nombor kad pengenalan ahli sama ada mereka sudah mendaftar nama di SPR.

Kalau belum AJK politik pergi ke rumah meraka.

Tanya mereka sama ada mereka telah datang mengundi semasa PRU 12 dan tentukan mereka akan datang mengundi di PRU 13.

Yang ketiga tentukan saudara mara YMDS bertukar alamat dari Matang Gerdu, Taiping, Pulau Pinag (Cucu cicit YM Raja Masnun) dan IPOH untuk mengundi di ADUN Kubu Gajah. Begitu juga semua keturunan AJK Bahagin ADUN Kubu Gajah.

Misalnya keluarga Cikgu Abu sangat ramai di KL.

Perkara ini perkara lama YMDS. Saya sudah jemu mengulang2 perkara ini. Ramai pembaca sudah pun jemu membacanya.

Tapi dari segi psikologi orang lupa mesti diingatkan berkali2. Tambahkan lagi jika mereka tidak perihatin tentang politik.

Strategi seterusnya kerajaan jangan lagi buat janji jika janji lama belum ditunaikan atas alasan masih dalam kajian. Yang penting YMDS jangan pilih orang bodoh membuat kajian. Syorkanlah bijakpandai ADUN Kubu Gajah membuat kajian. Kerana orang MB saya rasa lamabat buat kajian terutama sekali di IDR. Kalau orang kita sudah tentu jalan raya Jalapang-Selama sudah lama dimulakan kerana ia melalui banyak estate bukan tanah orang kampung.

Begitu juga untuk menaik taraf bandar Ijok dan Kubu Gajah. Tanah Sime Darby amat luas jalan ke Taping (lepas kubur). Kalau MB dan Datuk Musa Hitam berbincang sudah tentu kawasan ini diluluskan untuk pembangunan Bandar Baru Kubu Gajah.

Yang pentingnya jangan janji jika janji lama belum ditunaikan seperti jalan susur keluar Alor Pongsu.

Saya mohon YMDS dan YB Alor Pongsu hendaklah memperjuangkan perkara ini di dewan Perak. Begitu juga Selama dan Bagan Serai.

Sampaikan salam (akar umbi) saya
kepada ADUN Selama supaya memperjuangkan perkara ini bersama2 YMDS. Janganlh asyik buat kontrek sepenuh masa sebelum pilihan raya 13 ini.

Penghabiskan sekali ialah sekarang ini ialah zaman internet. Semua ketua kampung dan ketua cawangan ada komputer.

Mereka hendaklah memberi maklumat dan membalas isu pembangkang.

Cuba YMDS baca facebook dan twitter berkenaan KM Sarawak.

Mahukan YMDS menjadi korban internet?

Berilah bunga kepada yang emghargai bunga.

Kalau kerajaan berikan kepada saya komputer sudah tentu saya dapat menyelesaikan isu setempat kerana approach saya adalah universal. Tapi saya tak layak.

Saya tahu siapa yang miskin, tapi JKKK tidak tahu kerana mereka bukan penoreh getah, penangkap ikan dan membuat pekerjaan seumpamanya.

Lihat yang muka berkilat kehitam2an dan perut tidak buncit adalah mereka yang miskin. Dan yang tegar ialah yang berjalan kaki hendak mengail, memungut buah kelapi sawit atau menoreh getah atau yang menjalankan kegiatan ekonomi yang hampir sama. Cuba YMDS turun padang tunggu di simpang2 tentu jumpa mereka ini.

Tapi kalau YMDS tanya JKKK mereka akan berikan nama saudara mereka sahaja.

Sekian.

Anonymous said...

YMDS,

Jenayah berkurangan (NKRA) tapi pencuri motosikal dan buah kelapa sawit bertambah dan masyarakat yang mempunyai rumah besar takut diwaktu malam terutama sekali di kawasan ADUN Kubu Gajah dan khususnya di kawasan tempat lahir YMDS.

YMDS pun tidak mahu meletakkan lampu eletrik di tempat lahir YMDS. Sebab itu saya masih melihat YMDS lebih pentingkan politik dari keselamatan atau ekonomi.

Salleh Majid ahli ekonomi sentiasa menyatakan (dalam iklan di TV) dan beliau tidak percaya bahawa orang politik boleh membangunkan ekonomi kerana beliau menyoal mana ada MASA orang politik untuk pembangunan ekonomi.

Saya rasa YMDS hendaklah memikirkan pendapat Salleh Majid ini. Sebab itu YMDS tidak peduli untuk membangunkan kampung lahir YMDS.

Tafsiran saya ialah YMDS tidak dapat membangunkan kampung YMDS (pembangunkan ekonomi)tapi hanya dapat membangunkan kawasan penyokong kuat YMDS (pembangunan politik).

YMDS mesti faham kenapa masyarakat Kampung Tengah meninggalkan kampung tersebut. Salah satu sebabnya kerana tiada lampu (tak silap kalau berjalan malam boleh tersepak ular atau berselisih dengan babi hutan depan rumah YMDS) eleterik selain daripada pekerjaan.

Isu di Sarawak sekarang ini mereka tidak mahu orang muda meninggalkan kampung.

Mereka mahu pembangunan seperti kilang dibina di kampung mereka supaya mereka tidak pergi ke Johor (Pasir Gudang)/Semenanjung meninggalkan Sarawak.

Kalau kita dapat menghayati kata2 Salleh Majid kita pelu memberi nama calon PR13 akan datang yang kuat memahami pembangunan ekonomi, bukan politik. Kalau kita pentingkan politik sampai bila pun Kampung Tengah tempat lahir YMDS tidak dibangunkan. Mereka di situ adalah penyokong senyap bukan macam di tempat lain asyik hendak mengampu YMDS sahaja.

Tapi YMDS asyik sukakan kepada mereka yang kuat mengampu (penyokong bising) tapi penyokong senyap diketepikan.