Template by:
Free Blog Templates

13 March 2011

Tentera














Sekumpulan Anggota Tentera dari Taiping dan Ipoh terlibat dalam memperbaiki sebuah Rumah yang uzur di Pekan Kubu Gajah.

Kerja memperbaiki rumah Minah binti Mat, 85 tahun, dilakukan selepas kejadian yang tiba-riba sebahagian daripada bangunan rumah Warga Emas itu runtuh.

Begitupun, ketika Saya melawat ke tempat kejadian itu, anak lelaki beliau, Halib bin Osman, 56 tahun tiada di rumah ketika berlakunya kejadian tersebut.

Ia berlaku akibat kayu-kayu yang telah lama reput dan dimakan Anai-Anai.

Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral, Datuk Zulkifli bin Mansor telah melakukan lawatan untuk melihat anak-anak buah beliau melakukan kerja amal memperbaiki rumah Minah.

Beliau kagum dengan kegigihan anggota Tentera untuk memperbaiki rumah Warga Emas itu. Saya turut sama dalam lawatan itu, juga mengucapkan Terima Kasih diatas keperhatinan pihak Tentera dalam membantu kebajikan penduduk.

Bagi Datuk Zulkifli pihaknya sentiasa bersedia melakukan kerja amal dan kebajikan serta sukarela itu demi mengeratkan silatruhaim pihak Tentera dengan Masyarakat.

Cara itu juga diharap mendekatkan lagi pihak Tentera dengan Orang Ramai sambil mereka sendiri dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab anggota Pasukan Keselamatan dalam menjaga keamanan.

Rumah Minah itu dijangka siap dalam beberapa tempuh terdekat ini dan program seumpama itu diharap akan dapat dikembangkan lagi bagi membantu meringankan bebanan rakyat yang tidak mampu.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Askar sudah mula memberi perkhidmatan sosial kepada LMS.

Saya mohon YMDS menggalakkan juga ladang2 tempatan melalui Corprate Sosial Respomsibility (CSR) mereka membantu membangunkan LMS terutama sekali di Kawasan ADUN Kubu Gajah.

Saya rasa estet kita asyik menghantarkan keuntungan mereka ke luar negara agaknya.

Kalau mereka bina tempat menunggu bas pun mencukupi jika mereka tidak dapat keuntungan yang begitu banyak. Tapi keumtungan mereka lebih 25% tahun lepas. Galakkan ketua MIC pergi berjumpa pengurus estate. Estate tak rugi apa2 kerana wang yang sama juga perlu dikeluarkan untuk cukai corporate.

Sekian untuk makluman YMDS

Anonymous said...

YMDS,

Walaupun MCA dapat mengatasi masalah dalaman mereka susah juga mereka hendak menang kecuali 61% perumahan murah di bandar2 mestilah diberikan kepada orang Melayu kerana orang Melayu tetap menyokong MCA jika dibandingkan dengan kaum Cina.

Manakala rumah yang mahal2 hendaklah dibina diluar bandar.

Sebelum kita membuat penyusunan semula perumaham ini, pilihan raya tidak harus diadakan dengan secepat munkin kerana kawasan ini tetap akan dimenangi DAP.

Begitu juga jika janji/cadangan MB belum lagi dimulakan pembinaannya, kita tak harus terburu2 mengadakan pilihan raya.

Dulu pernah MB mencadangkan IPT atau cawangannya elok dibina di Pondok Tanjung.

Lepas itu pekan Ijok dan Kubu Gajah dinaik taraf.

Selepas itu pula jalan Jelpang- Selama.

Saya rasa kerajaan Perak tak perlu mencadngkan perkara lain sebulum yang 3 di atas ini belum dimajukan.

Kambing pun tak nampak di Pondok Tanjung sudah hampir 4 tahun. Kalau lembu pun sudah beranak 3 kali. 1700 kali 3 sepatutnya sudah banyak.

Kalau pusat ternakan ini belum menjadi projek nasional yang paling dibanggakan di Malaysia kita harus tudakan tarikh pilihan raya ke 13 kerana pengundi atas pagar tidak akn mengundi barisan.

Kita tak perlu buat janji di Sarawak kalau janji/cadangan di ADUN Kubu Gajah belum lagi direalisasikan. Saya rasa KG akan kalah. Orang muda bergantug juga kepada pembangunan. Mereka tentu dapat kerja jika IPT dibina di Pondok Tanjung.

Saya pun boleh dapat kerja. Itulah yang kami idam2kan terutama sekali bagi mereka yang tidak mahu berhijrah ke bandar kerana YB Lim Kit Siang berpendapat terlalu CONGESTED (itulah perkataannya) di bandar. Kerajaan masih membangunkan kawasan bandar. Macam beliau mahu pindah ke Kubu Gajah yang tidak CONGESTED. Orang Cina macam YB LKSiang pun tak suka bandar diperbesarkan (seperti KL, baca komen beliau tentang bajet tahun ini, kalau tak percaya cakap saya) tapi orang Melayu Perak yang heboh2 hendak bina Ipoh, Batu Gajah Kuala Kangsar dll.

Terima kasih kerana sudi mendengar rintihan saya.

Sekian. Terima kasih.