Template by:
Free Blog Templates

24 March 2011

Tanah




Pejabat Tanah Daerah Kecil Selama diminta menyenaraikan bilangan penduduk di DUN Kubu Gajah yang mendudukki di atas tanah simpan Kerajaan.

Daripada bilangan itu Saya juga ingin tahu berapa ramai yang mendapat kelulusan TOL daripada Kerajaan Negeri.

Saya menghadiri Mesyuarat pertama Jawatankuasa Tanah Daerah Kecil Selama 2011 yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, pagi tadi.

Sebilangan besar penduduk di DUN Kubu Gajah mendiami diatas tanah simpan Kerajaan samada risab Sungai mahupun Jalan semenjak berpuluh-puluh tahun yang lalu.

Paling membimbangkan ialah bagi mereka yang tinggal di atas risab sungai kerana rumah mereka hanya beberapa meter sahaja dari sungai tersebut.

Di Mesyurat itu juga Saya memanjangkan permintaan mereka yang mendapat kelulusan TOL agar dapat kiranya kadar bayaran itu dikurangkan kerana ramai di kalangan mereka terutama Ibu Tunggal yang tidak mampu untuk menanggung kos tersebut.

Pada mesyuarat itu juga masalah tapak kediaman bagi penduduk miskin yang masih tidak memiliki tapak rumah turut dibincangkan.

0 comments: