Template by:
Free Blog Templates

24 March 2011

Rumah Yayasan








Dari jauh lagi, sebaik Saya tiba di tapak pembinaan sebuah rumah bantuan Yayasan Bina Upaya (YBU) Perak di Batu 85, jalan Sungai Dendang-Kubu Gajah, Bahari bin Mohamed tidak dapat menyembunyi rasa gembira yang tidak terkira.

Bahari, 56 tahun yang tinggal bersama isteri dan anak-anaknya yang masih bersekolah, begitu bersyukur diatas pembinaan rumah tersebut b agi menggantikan rumah beliau yang dibina dengan kadar kos yang tidak seberapa.

Saya mengadakan lawatan itu untuk melihat sendiri kerja-kerja pembinaan rumah tersebut yang dianggarkan berharga sekitar RM 35,000 yang dikendalikan oleh Kontrektor tempatan.

Saya amat berpuas hati dengan kerja-kerja pembinaan rumah itu yang dijangka siap dalam tempuh dua minggu lagi, selepas dimulakan dua minggu yang lalu.

Bahari yang bekerja kampung berharap dengan bantuan yang diterima itu akan mereka akan tinggal dengan lebih selesa.

Sementara itu, sebuah rumah bantuan YBU yang dinaik taraf melibatkan perbelanjaan RM 15,000 juga sedang dilaksanakan di Bagan Baharu.

Sebuah lagi bantuan rumah baru berharga RM 40,000 akan dilaksanakan di Kampung Tebing Tinggi dalam masa terdekat ini.

Kesemua rumah itu adalah diantara projek YBU yang sedang dan akan dilaksanakan di DUN Kubu Gajah.

0 comments: