Template by:
Free Blog Templates

25 March 2011

Durian





Kata orang langkah kanan, dalam program turun padang, Saya telah dijemput ke majlis makan durian di bengkel Wanita di Batu 20.

Ketua Wanita UMNO Cawangan Batu 20, Zainab Awang yang mengetahui Saya berada di Kawasan, telah memanjangkan jemputan untuk singgah di bengkel tersebut sambil makan durian.

Bengkel tersebut yang dipimpin oleh Zainab begitu aktif dalam menjalan kegiatan yang melibatkan wanita terutama dalam kelas jahit-menjahit serta kerja tangan yang lain.

Bengkel itu juga terkenal dengan perusahaan Cili sos di kalangan penduduk tempatan dan juga Kemas Negeri.

Ketua Kampung Batu 20, Haji Mohd Isa yang turut hadir juga memuji usaha gigih Pergerakan Wanita di situ dalam memberi khidmat nasihat.

Kegiatan di bengkel itu juga sering mendapat pujian dan pengiktirafan Kemas kerana aktiviti yang dijalankan.

0 comments: