Tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Perak, Datuk seri zambry Abd Kadir diatas kejayaan menganjurkan Konvensyen Barisan Nasional di Teluk Muruk.
Semoga dengan perhimpunan yang dihadiri lebih 2,000 orang perwakilan komponen Parti BN seluruh Perak itu akan menyakinkan lagi BN untuk bukan sahaja menang semula di Perak pada Pilihanraya Umum ke 13, tetapi mendapat dua pertiga.
Saya yakin sokongan padu rakan-rakan BN terhadap Kepimpinan Dr Zambery yang juga Pengerusi BN Negeri untuk menerajui Kerajaan bagi membawa kemajuan kepada rakyat dan Negeri Perak itu sendiri.
Dalam berdepan dengan kerenah Pembangkang yang cuba menggangu-gugat Pentadbiran beliau, Dr Zambry tetap tenang mengatasi segala masallah, bahkan menjadikan segala halangan itu sebagai cabaran untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Syabas.
19 March 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Kita perlukan konvensyen strategi. Bukan lagi konvenyen macam kedai kopi.
Sidang konyensyen kedai kopi tidak menghasilkan impak atau hasil.
Banyak isu yang dibangkitkan bebau kepentingan peribadi.
Sebagai contoh UMNO mesti berani seperti YB Lim Kiat Siang. Di mana dicampakkan akan menang. Mungkin juga MB (PAS) yang lama.
Maksud saya jika ADUN Kubu Gajah ditukarkan kepada kawasan MB dan ADUN Pulau Pangkor ditukarkan ke tempat YMDS susah tentu Barisan menang 100%.
Kita jangan ingat lagi kepentingan peribadi tapi kepentingan BN.
Jika MB kalah pun beliau tetap jadi pensyarah tapi kalau YMDS kalah YMDS hanya harapkan anugrah kerajaan macam Datuk Samy.
Perkara beginilah yang kita harus bincangkan di persidangan Perak.
Lagi satu strategi ialah mengikut cara/strategi Lew Kuan Yew. Kalau MCA hendak menang pindahkan orang Melayu ke bandar sekurang2nya mengikut kuota 61% kerana orang Melayulah yang dapat membantu MCA menang.
Jika kita tidak berbuat strategi demikian mungkin 12 kawasan di Perak agak goyang terutama sekali di kawasan MCA. Kita macam katak bawah tempurung. Lagi2 kita sentiasa hebohkan pertandingan dengan PAS tapi tidak peduli langsung pertandingan dengan DAP di bandar.
Cuba YMDS lihat nanti di Sarawak.
Yang perlu MB hendaklah berkorban dan bertanding di tempat yang hangat. Begitu juga calon UMNO yang sudah kaya elok juga di tempatkan di kawasan hangat. Kalau mereka kalah pun hidup mereka sudah terjamin.
Jika UMNO tidak berbuat demikaian pilihlah calon baru yang melebihi kedudukan calon parti pembangkang dari aspek CVnya bukan dari segi politik tapi dari segi memntingkan pembangunan. Kita sudah jemu dengan politik yang kita mahu ialah pembangunan dan kerja,
Kini sampai masanya kita memilih calon baru yang kreatif.
Kalau kita calonkan nepotis sudah tentu mereka membangunkan kawasan ADUN seperti Kubu Gajah seperti ayah atau abang mereka. Maksud saya mentadbir cara lama seperti makan kenduri, membaikai jalan, surau dll. Kata orang Penang PI MAI PI MAI TANG TU.
Kalau YMDS tak percaya cuba lihat kawasan ADUN yang baru menang di Melaka. Pentadbiran bapak borek anak rintik seperti ini dianggap sudah ketinggal zaman . Orang muda dan intelek mahukan pembangunan menyeluruh supaya semuanya untung
dan orang miskin yang sebenarnya miskin mendapat bantuan, bukan yang sudah menjualkan tanah mereka di Alor Pongsu (sebagai contoh) dan pindah ke kawasan ADUN Kubu Gajah mendapat bantuan berterusan.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment