31 March 2011
Pusat Khidmat Remaja
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau akan memulakan sesi pertama Pusat Latihan Khidmat Remaja mulai bulan depan.
Pusat Latihan itu adalah di Bangunan PPK dan akan diadakan setiap bulan bagi melatih dan memberi khidmat nasihat kepada remaja yang berminat dalam bidang Pertanian dan Ternakan.
Keptusuan itu diambil dalam Mesyuarat Bulanan Lembaga Pengarah PPK Batu Kurau yang Saya Pengerusikan di Bangunan PPK, Pagi tadi.
Pengurus Besar PPK Batu Kurau akan menyusun program latihan setiap kali kursus itu diadakan bagi menarik lebih ramai remaja terutama anak-anak ahl PPK itu sendiri menjadi ahli.
Sehubungan dengan itu, setiap unit PPK akan diminat menghantar sekurang-kurangnya dua orang peserta bagi menyertai kursus tersebut.
Kempen bagi menambah ahli di kalangan remaja juga akan dilancarkan bersempena dengan permulaan kursus tersebut.
Pada mesyuarat itu juga beberapa projek baru telah dikenal pasti bagi dijalankan oleh PPK termasuk jangka pendek.
Ahli-Ahli Lembaga Pengarah juga bersetuju menambah saham mereka bagi menggalakan lebih rama ahli lain untuk sama berbuat demikian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment