Template by:
Free Blog Templates

11 March 2011

Pelumba






Ketika sedang melawat di FELDA, Ijok sempat melawat sekumpulan Pemuda yang sedang berlatih untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan Motorcross bersempena dengan pertandingan 4X4 Road To Kubu Gajah yang akan bermula dari Jumaat hingga Ahad ini.

Mereka begitu bersemangat dan gembira ketika Saya bersalaman dengan mereka. Ada diantara mereka datang dari luar daripada FELDA, Ijok.

Perlumbaan 4X4 itu adalah kali kedua, selepas kali pertama diadakan tahun lalu yang mendapat sambutan begitu meriah.

Pada perlumbaan kali ini, peserta dari Negara jiran juga dijangka turut mengambil bahagian bagi memeriahkan lagi pertandingan.

Perlumbaan itu juga adalah diantara program bagi mempromosikan DUN Kubu Gajah dan tempat menarik bagi menarik Para Pelancong dalam dan Luar Negara.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya melihat kerajaan kita sudah berjaya untuk meningkatkan ekonomi orang kita kerana motosikal jenis mahal pun sudah menjadi milik masyarakat yang dahulunya miskin.

Perjalanan bas dari Kubu Gajah hingga ke Cangkat Lobak pun diberhentikan yang menunjukkan semua rumah dikawasan tersebut ada mempunyai motosikal/kerita.

Tapi masih yang ramai tidak mahu menyokong Barisan. BN sepatutnya buka mata dan telinga untuk mengetahui sebab terjadinya demikian sebelum PR 13.

Kita tidak ada masa lagi untuk berlumba bagi kepentingan golongan elit kecuali peraduan menembak kera seperti yang diadakan di Parit dua tahun yang lepas.

Sekian.