Template by:
Free Blog Templates

3 March 2011

Wanita







Melawat isteri bekas ketua kampung sungai dendang, Chak binti Che Mat, 64 taun yang uzur di rumahnya.

Suami Chak, Allahyarham Jaafar bin Mat Isa, adalah juga bekas Ketua UMNO Cawangan Sungai Dendang dan seorang yang amat disegani ketika hayatnya.

Beliau dan anak perempuannya, Maizura binti Jaafar, Ahli Jawantakusa Puteri UMNO dan JKKK Sungai Dendang begitu terharu diatas kunjungan Saya.

Saya juga melawat Isteri Timbalan Ketua UMNO Cawangan Sungai Dendang, Doyah binti Mansur, 63 tahun yang juga uzur.

Hadir sama ketika lawatan itu ialah suami beliau, Idris bin Darus,74 tahun dan Ketua Wanita UMNO Cawangan, Nor Zila binti Mat Nor.

Saya berharap kedua-dua mereka akan mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu menggurangkan bebandan kos perubatan.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Semasa Encik Jaafar jadi ketua kampung Sungai Dendang membangun mengalahkan Tebing Tinggi dan Titi Ijok iaitu kamung yang paling tua dikawasan yang sama.

Saya harap ketua kampung yang sekarang ini dapat melipat gandakan pembangunan menandingi Encik Jaafar dan Encik Mat Som dll lagi Bukan hanya memajukan tapi melipat gandakan pembangunan maksud saya.

Sepatutnya pingat jasa cemerlang harus juga diberikan ke ketua kampung seperti Encik Jaafar.

Sekian. Terima kasih.

Anonymous said...

YMDS,

Saya setuju cadangan PAC tentang tanah terbiar untuk disewa tetapi hendaklah ia dirancang kes demi kes.

Ada tanah terbiar disebabkan bukannya ia tidak dapat dimajukan oleh tuan tanah tetapi disebabkan haiwan perosak, paya dan terlalu mahal untuk dipecah bahagian.

Jika kerajaan Perak tidak meswastakan pengukuran tanah untuk pecah bahagian modalnya hanya lebih kurang $600 ringgit bagi tanah dua ekar pecah dua.

Tetapi jika diswastakan belanjanya lebih $5,000 ringgit satu lot.

Cuba YMDS turun padang pecah bahagian tanah ayahanda YMDS di Tebing Tinggi, kalau YMDS tidak percaya. Adik2 YMDS tentulah tak cukup duit untuk pecah bahagian.

Bagi mereka yang mahu mengusahakan tanah tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu bahagian. Yang tidak mahu mengusahakannya masukkan nama2 mereka ke dalam bahagian yang lain dalam satu geran (lebih satu ekar). Yang saya maksudkan turun padang ialah saya mahu YMDS rasa sendirilah yang saya mahu... barulah terasa pedasnya. Kalau dengar cakap saya mungkin saya kaki kelentong.

Perkara ini sudah pun dibincangkan se Malaysia beribu2 kali tapi sampai bila pun tidak selesai. Masyarakat sudah jemu mendengar isu ini. Semua tanah terbiar di kampung YMDS ialah disebabkan tiga perkara di atas.

Yang disewakan sepaptutnya ialah tanah yang tidak berkuasa. Saham ahli (macam saham FELDA) yang tidak menuntut disimpan di amanah raya

Tanah terbiar kerana berpaya tidak menjadi masalah kepada kerajaan jika alor anak sungai sudah sedia ada mengalir di kawasan tersebut. Bersihkan dan dalamkan sahaja anak sungai tersebut kerana ia adalah semula jadi. Saya sudah ceritakan ke JPS Perak tentang perkara ini tapi mereka tidak peduli kerana saya tak ada title agaknya. Walaupun saya tidak ada title sudah tentu pembangkang setuju dengan cadangan saya.

Bagi monyet mita perhilitan menahan jerat dan bawa monyet2 ini ke sebuah Pulau atau pun kita buat ZOO Kubu Gajah dan bina rumah perhilitan dalam kawasan zoo tersebut.

Harap pembaca blog ini tak jemu membaca rintihan saya ini kerana ia diulang banyak kali.

Perkara ini nampak senang tapi pernah dilakukan di negeri2 lain.

Rakyat sudah jemu tentang isu tanah terbiar.

Pajakkan dan jadikan saham bukan susah tapi dari Dato Hj. Hussein dulu kita tidak boleh buat apa2.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat trend lama masih ada dalam politik tempatan kita, di mana AJKnya tediri daripada adik beradik atau kaum kerabat ketua pemimpin(nepotisma). Contoh suami ketua isteri jadi AJK dan sebagainya.

Salah satu sebab pergolakan Timor Tengah berlaku ialah disebabkan nepotisma.

Saya berharap YMDS tidak mencadangkan ahli keluarga wakil rakyat yang dahulu dan sekarang menjadi wakil rakyat kita di PRU yang 13 sebab kuman Timor Tengah akan menular ke sini jika pemuda kita aktif. Nasib baik mereka tidur sahaja. Yang bangun hanya satu dua sahaja seperti Cikgu Abu. Tapi beliau pun nampak macam tidur sahaja asyik cerita ikan KELESA.

Sekarang sampai masanya kita tak boleh tidur lagi. Banyakkan ahli. Bangunlah Pemuda.