Template by:
Free Blog Templates

31 March 2011

Ahli UMNO














Seramai 67 orang menyertai UMNO pada satu majlis yang diadakan di Kampung Bukit Nering dalam DUN Kubu Gajah.

Daripada jumlah tersebut seramai 35 orang adalah penyokong atas Pagar dan mereka menyerahkan borang permohonan menjadi ahli UMNO kepada Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Larut.

Penyerahan borang ahli baru itu diadakan sempena majlis kenduri Durian yang turut dihadiri Ahli-Ahli UMNO di Kampung tersebut, petang tadi.

Dalam Ucapan sambil mengalu-aluan kemasukan mereka ke dalam UMNO, ia memberi satu petanda yang baik dan akan memperkukuhkan lagi Parti tersebut, menjelang Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Saya percaya berkat kepimpinan Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Moh Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri rakyat semakin yakin dan percaya bahawa hanya UMNO sahajalah yang mampu membela nasib dan masa depan Orang Melayu.

Dengan tindakan yang diambil itu Saya percaya lebih ramai lagi yang akan tampil untuk menyertai UMNO dan sekaligus memperkasakan lagi perjuangan mereka.

Kekalutan yang berlaku dalam Parti Pembangkang juga menjadi faktor pengikut mereka semakin hilang keyakinan terhadap perjuangan mereka selama ini yang semakin hilang arah dan tujuan.

Rakyat semakin sedar bahawa mereka memerlukan Parti yang benar-benar serious seperti UMNO untuk memperjuangkan nasib mereka.

Rakyat semakin bijak dalam menilai kredibaliti Parti dan Pemimpin mereka dan mereka tidak jelas menolak mana-mana Pemimpin yang hanya mabuk kuasa.

Turut hadir ialah bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Hasbullah Haji Elias dan Ahli-Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagiana serta Ketua Kampung Padang Das, Musa Ibrahim.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Ada baiknya YMDS menghargai mereka yang banyak memasukkan ahli UMNO.

Sebagai contoh melantik mereka menjadi ahli jawatankuasa, memberi penghargaan, membawa mereka membuat lawatan dll.

Saya lihat ahli UMNO tidak banyak bertamabah dikebanyakkan tempat.

KITA BERPOLITIK HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEDUDUKAN tapi outpunya tiada. Berretorik tapi tidak mahu menambah ahli.

Minta maaf YMDS kerana saya tidak menambah ahli kerana saya ditomah hendak menjadi Ketua atau JKK dll.

YMDS perlu juga memantau mereka supaya mendaftar menjadi pengundi.

Jika YMDS turun padang betul-betul tentu YMDS mengenal mereka yang di atas PAGAR.

Kumpulan pertama ialah kumpulan yang alim2 kucing. Selalu pergi masjid tapi anti orang lain dan lepaskan lembu merata2 merosakkan tanaman orang lain, tidak mengenal anak jiran dan mungkin juga kedekut dan tidak bersyukur.

Yang kedua ialah kumpulan katak atau kumpulan yang mengutamakan MONEY IS MY GOD. Kalau tak dapat pangkat, menjadi ketua kampung atau AJK badan politik dll. misalnya.

Yang ketiga ialah mereka hanya aktif hampir pilihan raya dan kaki ampu.

Yang keempat ialah kampung yang tidak mengibarkan mana2 bendera apabila pilihanraya menjelang seperti di Sungai Malau dalam malahan mereka lebih senang mengibarkan bendera depan rumah saya, bukan depan rumah mereka (maksud saya pembangkang.

Saya ulang perkara yang sama kerana saya masih tidak puas hati kepada mereka yang mementingkan kedudukan tanpa menambah ahli dan menentukan semua ahli akan mengundi.

Sekian.

winzCyber said...

Assalaamu'alaikum. Semoga Kejayaan dan Kecemerlangan selalu hadir untuk Pakcik Din. Daripada Raja Muhammad Azwin, Bilah.