2 March 2011
Atap
Empat Orang Penduduk, kesemuanya Wanita termasuk Ibu Tunggal di Kampung Sungai Jernih, Ulu Ijok begitu terharu menerima sumbangan atap zin bagi mempernaiki rumah mereka.
Saya menyampai sendiri sumbangan tersebut dalam satu majlis yang tidak dirancangkan di depan rumah, Salamiah binti Hussein, 73 tahun.
Salmiah yang tinggal sendirian di atas tapak risab Sungai yang terletak betul-betul di belakang rumahnya.
Dengan sumbangan tersebut mereka dapat menggantikan atap rumah mereka yang telah begitu lama dan sering berlaku kebocoron bila hujan turun.
Sumbangan tersebur adalah sebahagian daripada aktiviti Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah dalam membantu penduduk yang miskin.
Sumbangan yang tidak seberapa itu setidak-tidaknya dapat menggurangkan bilangan mereka yang agak ramai memerlukan bantuan tersebut.
Turut sama di majlis tersebut ialah Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa, Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunung, Zulkifli bin Hussein, Ketua Kampung Kampung Teras, Abdul Wahab Yatam, Ketua Wanita UMNO Cawangan Sungai Jernih, Sabian Mat Hussein dan Ahli Majlis Daerah Selama, Mohamed bin Abdullah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Kaum keluarga saya ramai yang menjadi ibu tunggal dan OKU tapi semuanya tinggal dengan anak2 mereka. Ramai juga antara mereka yang betul2 tidak mempunyai rumah tapi tinggal dengan anak2 mereka.
Adakah kerajaan hendak membantu semua OKU orang miskin dll yang anak2 mereka mendapat pendapatan tetap?
Inilah yang menjadi persoalan kita? Kalau mereka ibu tunggal kerana perceraian, biro UMNO yang berkenaan hendaklah membawa beliau ke mahkamah syariah untut menuntut nafkah anak2 dan membuat tuntutan hasil pencarian bersama. Perkara begini lebih baik daripada memberi bantuan berterusan.
Sekian untuk makluman YMDS.
Saya sgt terharu dengan keprihatinan pemimpin BN tentang keperluan dan bantuan untuk mereka yg layak..namun segelintir pemimpin kg/cwangan pula menangguk di air keruh terutama Spg 3 Gudang yg dengar khabar seolah2 hidup segan mati x mahu..sebarang bantuan atau peruntukan lgsung tidak diketahui penduduk hanya tau dah terima dan lbh menyedihkan bantuan pada org yg sama yg memiskinkan diri untuk menerima bantuan..perlu la selidik masalah ini kerana semakin hari semakin ramai yg merajuk dan menjuih bibir kalau sebut BN yg mmg disanjung satu ketika dulu..
Post a Comment